Willian: “Saya Takkan Bermain Di Brazil Lagi, Mereka Tak Faham Pemain Bukan Mesin”

Kira-kira dua bulan sebelum tamat kontraknya dengan Fulham, Willian berkata, dalam temu bual dengan halaman “PL Brasil” bahawa dia tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke negara asalnya.

Pemain itu, yang mempunyai karier singkat di Corinthians pada 2022 yang juga merupakan kepulangan semulanya ke kelab itu.

Dia menegaskan bahawa, alasan utama dia enggan lagi bermain di Brazil kerana  “tekanan tidak berperikemanusiaan” yang dihadapinya di Brazil.

Di mana peminat di sana tidak memahami bahawa pemain bukannya mesin. Dan berharap pemain akan kekal sama dan cemerlang sepanjang masa.

Willian berkata: “Ia adalah subjek yang rumit kerana apabila anda mengkritik pemain pada bola, anda mengatakan dia tidak melakukannya dengan baik, itu berlaku.”

“Pemain bukan mesin, dia juga akan mengalami hari baik dan buruk.”

“Tetapi kadang-kadang peminat tidak menerima hari buruk. Apa yang saya lihat di Brazil kadang-kadang tekanan tidak berperikemanusiaan, yang membawa kepada keganasan di markas kelab, mengancam keluarga, anak-anak… apabila sampai ke bahagian itu, bagi saya, ia berubah.’

“Saya perlu melindungi keluarga saya, ia adalah aset saya yang paling berharga,” kata bekas pemain Chelsea itu.

Pada bulan Ogos lalu, Willian memperincikan sebab kenapa dia meninggalkan Corinthians.

Willian telah menamatkan kontraknya dengan Corinthians pada Ogos 2022 dan mendakwa menerima ugutan bunuh, malah turut ditujukan kepada keluarganya.

Ianya perkara yang traumatik untuk Willian teruma, yang mengatakan dia tidak pernah berhasrat untuk bermain di Brazil lagi.

“Saya tidak mahu kembali ke Brazil, sekali lagi. Saya mempunyai pemikiran ini sejak sebelum Corinthians.”

 

“Saya akhirnya kembali ke kelab di mana saya bermula kerana saya mahu dan Corinthians juga mahukan saya, tetapi saya sudah berfikir untuk meneruskan dan mengakhiri karier saya di Eropah.”

“Dan sekarang saya berhasrat untuk menamatkannya di sini, sama ada di Eropah, Amerika Syarikat atau di tempat lain. Jika boleh di England, ia akan menjadi sempurna.”

“Saya berhasrat untuk bermain empat atau lima tahun lagi. Tetapi kita tidak pernah tahu kerana bola sepak banyak berubah,” kata pemain itu lagi.

Willian mempunyai kontrak sehingga akhir Jun bersama Fulham. Di sana dia bersama pemain Brazil Andreas Pereira dan Carlos Vinícius.

Baca yang lain