Wilt Chamberlain: Legenda NBA Yang Pernah Mengklaim Dia Meniduri 20,000 Wanita Dalam Masa 40 Tahun

Legenda NBA, Wilt Chamberlain telah mengklaim dia telah meniduri 20,000 wanita sepanjang hidupnya.

Kisah itu diceritakannya dalam buku “Wilt: Larger Than Life,” tulisan Rod Roddewig.

Cerita yang sama turut ditulis dalam buku yang dikeluarkan 1991 berjudul A View From Above yang banyak menceritkan kehidupan sosialnya terutama sekali perangainya yang kaki perempuan.

Dia berkata: “Saya nak cakap yang saya sukakan perempuan. Ramai orang bingung tentang kehidupan seksual saya. Jumlah wanita yang pernah datang ke kamar tidur saya, di pelbagai hotel di negara ini, pasti pecah otak korang memikirkannya kalau saya ceritakannya.”

Menurut buku itu, tempoh aktif dia menjadi kaki wanita dalam tempoh 40 tahun, dia sudah meniduri 20,000 wanita berbeza.

Pengklaiman Chamberlain itu sebenarnya sukar diterima ramai pihak.

Anehnya, Wilt tidak pernah menarik balik pengakuannya. Dia malah menyatakan ceritanya itu bukan untuk bermegah atau berlagak sebaliknya dia hanya berkata ringkas, “Saya hanya meletakkan cerita itu di sana [dalam buku] untuk orang yang ingin tahu.”

Wilt menegaskan, mungkin salah satu penyesalannya adalah tidak pernah meniduri isteri orang.

“Saya hanya melakukan apa yang semulajadi, mengejar wanita cantik, siapa pun mereka dan di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Tetapi bolehkah dia benar-benar tidur dengan 20,000 wanita yang berbeza?

Mari kita buat analisis taktikal sikit.

Jika Wilt memulakan pengembaraannya dengan meniduri wanita berbeza bermula usia 15 tahun, sehingga umurnya 55 tahun (semasa buku itu diterbitkan) dia akan mempunyai 40 tahun untuk tidur dengan 20,000 wanita,

Itu bermakna, tanpa cuti, dia meniduri 1.4 wanita sehari. Menurut kawan rapatnya, Wilt suka meniduri lebih satu wanita.

Wilt juga mengalami insomnia sepanjang hayat, kadang-kadang tidak tidur langsung, dan itu dianggap antara punca dia mulai mencari aktiviti riadah dan akhirnya ketagihan seks.

Chamberlain menyatakan dia seorang yang kacak, dan lebih penting kaya raya kerana dia pemain NBA.

Dia akan mengejar mana mana perempuan yang cantik dan dia pasti akan dapat perempuan itu.

Namun dia tidak pernah serius menjadikan mereka pasangan ataupun teman wanita. Dia cuma mahu berseronok dengan gadis gadis itu.

Wilt Chamberlain dianggap salah seorang pemain terbaik dalam sejarah NBA. Dia berketinggian 7 kaki 1 inci. Memiliki statistik karier yang luar biasa.

Dia biasanya menjaringkan 40-50 mata dalam musim regluar. Dan pernah menjaringkan 100 mata sebagai rekod terbaiknya dalam semusim.

Menjadikan rekod jaringannya di bola keranjang sebanyak 31,419 mata. Dia tersenarai dalam NBA All Stars sebanyak 13 kali daripada 14 musim kariernya. Hanya semusim sahaja dia tak berada di sana.

Di luar gelanggan dia mendakwa dia meniduri 20,000 wanita. Hanya 11,419 mata dibezakan dengan mata jaringanya di arena bola keranjang.

Betul betul pemain bola keranjang yang mata keranjang ni.

Pengakuannya itu membuatkan dia dikecam ramai pihak di tengah tengah Amerika Syarikat bergelut dengan krisis HIV AIDS pada masa itu.

Media ramai mengutuk Chamberlain kerana mempromosikan pergaulan bebas.

Dia juga mendapat kecaman di kalangan warga Afrika Amerika kerana mempromosikan stereotaip kaum kulit hitam.

Dan jelas, feminis menyerang seksismenya yang terang-terangan kerana memperlakukan wanita dengan cara ini.

Sebelum dia meninggal dunia pada 1999, dia berkata: “Meniduri ribuan wanita cantik yang berbeza adalah hebat sekali. Saya banyak belajar daripadanya.”

“Saya juga akhirnya mendapati bahawa memilki hanya seorang wanita pada seribu waktu berbeza adalah lebih baik.”

Chamberlain meninggal dunia tanpa pernah berkahwin atau mengikat ikatan hubungan dengan mana mana wanita.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan