Wolfsburg telah memutuskan untuk menggantung perkhidmatan pemainnya, Kevin Behrens yang menolak untuk menandatangani jersi dengan logo pelangi.
Baru baru ini kelab telah meminta pemain menandatangani jersi khas sebagai sokongan kepada komuniti L G * T. Namun pemain itu didakwa berkata: “Aku tak akan sign benda benda g-4-y sampah tu.”
Komen itu membuatkan ramai peminat yang menyokong gerakan tersebut koyak. Mereka akui terguris dengan komen pemain tersebut yang dianggap celupar dan tidak ada perikemanusiaan ke atas golongan seperti mereka.
Ramai netizen di Jerman sendiri mengecam pemain tersebut kerana tindakannya yang dianggap tidak ada rasa hormat sesama manusia.
Kelab juga marah dengan tindakan Behrens yang dianggap bersikap menindas golongan tersebut.
Kelab kemudian membuat siasatan dalaman dan menegaskan kepada pemain itu tentang pendirian kelab itu.
Kelab berkata: “Ketika pertemuan tertutup dengan pemain, kami menyatakan kepadanya bahawa komen itu tidak selari dengan prinsip VfL Wolfesbur. Insiden ini sudah pun ditangani secara dalaman. VfL Wolfsburg mahu semua pemain prihatin ke atas tanggungjawab sosial.
“Kelab, dan dan semua kakitangan kami berdiri di belakang prinsip diversiti dan juga toleransi serta menjunjung nilai murni, seperti hormat menghormati serta bersikap terbuka. Ini telah sentiasa diperkasakan sesuai dengan falfasah kelab ini.”
Selain itu Wolfsburg yakin bahawa kelab mereka sentiasa menjadi contoh terbaik organisasi yang menjunjung semangat diversiti serta anti diskriminasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Wolfsburg sudah menggantung pemain itu namun tidak mendedahkan berapa lama tempoh penggantungan pemain itu.
Behrens kemudian tampil meminta maaf kerana kenyataannya yang dianggap agak celupar.