Liverpool berkunjung ke Molineuex untuk aksi Liga Perdana Inggeris bagi sepak mula waktu makan tengah hari di England.
Liverpool memulakan perlawanan dengan teruk sekali. Kalut, cuai dan mudah membuat kesilapan.
Wolves tidak membuang peluang apabila mendahului menerusi Hwang Hee Chan pada minit ke-7.
Hwang Hee Chan scores for Wolves 🤩
8': WOL 1⃣-0⃣ LIV#WOLLIV #PremierLeague pic.twitter.com/4d9coodBib— 12thkhiladi Football (@12k_football) September 16, 2023
Wolves benar benar intensif dan sangat cepat recover bola yang mereka hilang.
Liverpool harus rasa lega kerana tidak ketinggalan lebih banyak pada separuh masa pertama. Dengan Pedro Neto berterusan mempermainkan Joe Gomez.
Separuh masa pertama berakhir 1-0.
Pada separuh masa kedua Liverpool kekal dengan momentum yang mereka baawa sebelum rehat.
Wolves kelihatan agak keletihan kerana menggunakan terlalu banyak tenaga pada separuh masa pertama. Namun mereka ada isu dengan kemampuan mengekalkan tenaga itu.
Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Cody Gakpo pada minit ke-55.
Darwin Nunez memiliki peluang keemasan yang gagal disudahkan. Percubaan jarak dekat beliau dihadang oleh pertahanan.
Liverpool terus tampil dominan dan ketua pasukan pada hari ini, Andy Robertson meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-85.
Ianya gol sangat istimewa pada penampilan ke-200 oleh Robertson untuk Liverpool.
200th Premier League appearance for Liverpool ✅
Captain ✅
86th minute go-ahead goal ✅
What a day for Andy Robertson 🙌 pic.twitter.com/Ezl0QCoVNw
— B/R Football (@brfootball) September 16, 2023
Pada masa kecederaan giliran Harvey Elliot melakukan rembatan yang ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Hugo Bueno. Ianya menceritakan dengan lengkap betapa teruknya Wolves pada separuh masa kedua selepas beraksi sangat baik pada separuh masa pertama.
Tamat perlawanan, Wolves 1 Liverpool 3.