Wolves telah mengambil langkah sendiri dengan memahkotakan kejuaraan EPL musim 2018/19 kepada diri mereka sendiri.

Ini selepas UEFA dan Premier League mengancam akan menarik balik kejuaraan pasukan pasukan yang menyertai ESL.

Pada musim 2018/19, Wolves menamatkan saingan di tangga ketujuh. Enam teratas diungguli big six dalam EPL iaitu, Man City, Liverpool,  Chelsea, Spurs, Arsenal dan Manchester United.

Menerusi Tweet nakal oleh Wolves, mereka berkata: “Mungkin sudah terlalu lambat untuk mengadakan perarakan.”

Wolves ketika itu menikmati musim yang sangat cemerlang dan menamatkan musim dengan 16 kemangan 9 seri dan 13 kekalahan.

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen yang menganggap ianya jenaka yang sangat kelakar menyindiri big six yang mungkin akan disingkirkan daripada kejohanan domestik dan antarabangsa.

Florentino Perez pula memberikan jaminan, UEFA tidak boleh sesuka hati menendang mana mana pasukan daripada kejohanan Eropah dan juga domestik ataupun Piala Dunia sekalipun.

Perez berkata: “Ada beberapa ancaman daripada seseorang yang keliru berkenaan apa itu monopoli, apa itu harta.”

“Madrid tak akan ditendang dari UCL, sudah tentu sekali tidak, begitu juga City dan yang lain.”

“Mana mana pemain harus sangat tenang masa ni, sebab perkara perkara seperti itu tak akan berlaku. Kita dilindungi undang undang kot. Mustahil benda macam ni boleh berlaku.”

“Uefa ini satu monopoli dan ianya harus transparen. Uefa tidak ada imej yang bagus dalam sejarahnya. Sepatutnya perkara ini dibincangkan dalam dialog terbuka bukan ugut mengugut macam ni.”

“Kita nak selamatkan bola sepak untuk 20 tahun akan datang, dalam masa masa yang getir ini. Jika kamu menang [UCL] kamu cuma menerima EUR120 ke EUR130 juta je dari UEFA ni. Dengan Superleague, kamu dapat lebih banyak.”