Wonder Pets: Trio Adiwira Penyelamat

Apa yang penting? ……..

Kalau korang dapat isi ruangan itu, maknanya korang terpalit dengan gegaran lagu Wonder Pets satu ketika dahulu.

Wonder Pets merupakan siri animasi dari Amerika Syarikat yang melakukan debut di Nick Jr, di bawah label Nickelodeon, pada 3 Mac 2006.

Punya power Wonder Pets ni sampai pernah menang Emmy Award pada 2008 untuk anugerah Outstanding Achievement in Music Direction and Composition.

Sebab tu lagu dia sedap semacam.

Telefon…. telefon berbunyi….

Wonder Pets dicipta oleh Josh Selig untuk Little Airplane Productions. Nama asal animasi ini adalah Linny The Guinea Pig yang mengembara merentas lautan sehingga ke angkasaraya.

Linny si Guinea Pig, bersama rakan-rakan dia bernama Ming-Ming si anak itik dan Tuck si penyu.

Kemudian, judul itu ditukar kepada The Super Singing Power Pets! Selepas beberapa ketika, judulnya dipendekkan hanya menjadi Wonder Pets!

Linny, Ming Ming dan Tuck ni adalah penyelamat kepada haiwan yang dalam kesusahan. Mereka adalah adiwira yang siap ada kostum khas jika dalam misi.

Linny adalah ketua dan paling bijaksana. Misi menyelamat mereka merentasi sempadan zoologikal dan geografikal.

Linny adalah haiwan yang menerima informasi menerusi telefon. Dan dia tak pernah lupa mengingatkan rakan-rakannya pentingnya kerjasama.

Apa yang penting, kerjasama!

Selain itu Linny sentiasa murah dengan penghargaan di atas kecemerlangan hasil kerja berpasukan.

Tuck merupakan penyu berusia 4 tahun. Seorang yang lebih sensitif dan emosi, terutama sekali kepada alam sekitar, di dalam kumpulan ini.

Tuck seorang yang sangat tinggi nilai empati. Apabila menunggu rakannya sedang mencari ikhtiar, Tuck akan menemani haiwan yang kesusahan itu.

Tuck memiliki keupayaan pemerhatian serta melihat dari jarak jauh, yang tinggi.

Sebab tu dia selalu dipuji kerana matanya yang tajam. “Good eye, Tuck!”.

Ming-Ming merupakan anak itik berusia 3 tahun. Di antara mereka bertiga, Ming-Ming ni paling konfiden. Ming-Ming adalah itik betina.

Berbeza dengan dua ekor rakannya itu, Ming-Ming ada kuasa untuk terbang. Ming-Ming juga memiliki kemahiran komunikasi yang sangat tinggi.

Ming-Ming selalu percaya bahawa moyangnya dahulu adalah burung helang.

Sehinggakan boleh memahami ciapan burung. Ming-Ming yakin bahawa datuk moyangnya adalah burung helang.

Ming-Ming sangat berani dan sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan orang lain. Misalnya ada dalam satu episod dia sendiri terperangkap dalam masalah kerana nak tolong haiwan lain.

Walaupun kita pada masa tu dan besar panjang, namun terlayan juga la lagu ni:

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan