โ€˜Wondergoalโ€™ Mo Salah Semalam Sebenarnya Jaringan Ke-200 Dalam Kariernya

Perlawanan antara RB Salzburg dan Liverpool bagi merebut tempat untuk layak ke pusingan kalah mati liga Juara Juara musim ini berlangsung dengan penuh dramatik.

Kedua dua pasukan melakukan serangan dari pelbagai arah. Salzburg ternyata bukan lawan mudah untuk Liverpool.

Namun ketajaman serangan Liverpool terbukti ada kualiti tambahan. Ini apabila Naby keita dan Mo. Salah berjaya menjaringkan gol seterusnya melayakkan pasukan Liverpool ke pusingan kalah mati.

Liverpool bermula dengan agak sukar dalam perlawanan ini. Minamino dan Hwang Hee Chan sekali lagi menjadi masalah utama kepada pertahanan Liverpool.

Lebih malang, Dejan Lovren turut diusung keluar kerana kecederaan.

Jika dilihat dalam perlawanan itu Mo mempunyai banyak peluang terhidang untuk menjaringkan gol. Peluang satu lawan satu dengan penjaga gol juga telah di sia-siakan oleh Mo.

Hingga lah pada minit ke 57 Mo telah menjaringkan gol yang sangat cantik dan kejam dari jauh. Apabila Mo melakukan rembatan dan bola melencong menerjah jaring terdengar jeritan dari para penyokong yang terus menggelar gol Mo itu adalah calon pemenang gol puskas.

Pengurus pasukan Salzburg Jesse March juga memberikan tepukan atas jaringan cantik Mo itu. Sebenarnya itu adalah gol ke 200 salah sepanjang karier profesional nya.

Patulah Mo Salah tak nak skor gol mudah pada 2 peluang keemasan beliau pada awalnya. Saja nak bagi kenangan manis.

Sepanjang karier profesional Mo, beliau sudah menjaringkan 2 gol untuk pasukan Chelsea, 9 gol untuk Fiorentina, 12 gol untuk Al Mokawloon Al Arab, 34 gol buat As Roma, 41 gol untuk pasukan kebangsaan Egypt dan 82 gol untuk pasukan Liverpool.

Jadi Mo dapat menjaringkan gol ke 200 peribadinya dengan sempurna dan gol ke 200 nya adalah gol yang cantik selain gol itu juga adalah gol yang membawa kemenangan kepada pasukan Liverpool.

Mohamed Salah menjadi pemain elit sejak menyertai Liverpool pada 2017.

Beliau sudah menang segala penghargaan individu di EPL dan juga di Afrika.

Mohamed Salah menjadi pemain penyerang sayap yang sangat luar biasa dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Harus diakui beberapa siri kecederaan merencatkan sedikit impaknya di hadapan gol. Tetapi pemain yang pernah menjadi pilihan ke-3 rakyat Mesir untuk jawatan Presiden negara mereka itu tetap berterusan menyumbang gol.

Salah menjadi nadi penting untuk Liverpool menjulang Piala Liga Juara Juara Eropah keenam dalam sejarah.

Dan sebelum itu juga beliau menjadi nadi penting Liverpool mara ke final UCL namun tewas di tangan Real Madrid dengan cara menyedihkan.

Mo Salah terpaksa keluar awal dari padang kerana kecederaan. Liverpool tewas 3-1 di tangan Real Madrid selepas kesilapan berganda-ganda oleh Loris Karius.

Tahniah kepada Salah di atas pencapaian gol dua abad di dalam karier.

Baca yang lain