Wonderkid AS Ini Sertai City: “Manyertai Man City Adalah Impian Semua Kanak Kanak”

Wonderkid dari Amerika Syarikat, Cavan Sullivan disahkan sebagai pemain akademi Man City yang baharu pada hari ini.

Rundingan itu dianggap bersejarah kerana ianya melibatkan rekod bayaran tertinggi untuk pemain akademi berusia 14 tahun.

Pemain berusia 14 tahun itu menjadi pemain tumpuan di Amerika Syarikat dan digelar sebagai prospek bintang masa depan di negaranya.

Dia dipantau rapi oleh Manchester City dan kini disahkan sebagai bakat muda baharu kelab itu.

Sullivan gembira menyertai Man City yang dia sudah lama ikuti sejak dari dulu. Dia selalu menyaksikan aksi Manchester City di kaca tv terutama sekali pada era Pep Guardiola.

Menurutnya lagi, menyertai Man City adalah impian setiap kanak kanak di dunia ini.

“Saya duduk bersama keluarga dan ejen saya. Dan kami membuat keputusan bahawa, menyertai City adalah perancangan terbaik untuk karier saya,” kata Sullivan.

Perkembangan itu turut dikongsikan oleh laman rasmi MLS.  Pemain yang bermain untuk skuad pembangunan Philadelphia Union itu menjadi pemain pembangunan termahal dalam sejarah MLS.

Dikatakan Man City setuju membayar pakej keseluruhan mencecah €5 juta untuk mendapatkan tandatangan pemain yang beraksi di bahagian tengah itu.

Dia setuju dengan kontrak bersama Man City sehingga 2027. Fabrizio Romano melaporkan bahawa, walaupun menerima banyak tawaran dan bidaan daripada kelab lain, pemain itu sudah menetapkan matlamatnya untuk menyertai juara treble 2022/23, Manchester City.