Vitor Roque telah menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi secara pinjaman seperti yang dicadangkan oleh Xavi.
Pemain itu hanya mahu bermain untuk Barcelona atau dia pergi secara tetap ke kelab lain.
Ejen kepada pemain itu membuat kenyataan media yang menggemparkan apabila menuduh Barca dan Xavi melayan Vitor Roque dengan teruk.
Pemain yang dianggap prospek berharga itu gagal mendapatkan tempat dalam skuad Xavi walaupun sebelum ini Barca bersungguh sungguh mahukannya.
Ejen kepada pemain itu yang bernama Andre Cury berkata: “Alangkah bagusnya kalau dia dapat bermain sepenuh masa dalam satu dua perlawanan. Xavi harus menunjukkan keyakinan kepada salah satu aset berharga kelab mereka.
“Dia [Roque] mahu menunjukkan kualitinya. Lihat pada Vinicius di Real Madrid. Perlukan dua tahun setengah nak tengok kualiti beliau. Biarkan Vitor bermain.”
🔵🔴 Vitor Roque's agent Cury: "It would be nice if he played some full matches. Xavi must show confidence to an important asset of the club…".
"He wants to show his quality. Look at Vinicius Jr at Real Madrid, it took two years and half to see his quality… let Vitor play". pic.twitter.com/oOx8ZIR5Fc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 6, 2024
Cury kemudian mendedahkan bahawa sejak tiba di Barca, Xavi malah tidak bercakap dengan pemain itu.
Ianya membuatkan Vitor Roque sangat kecewa terutama sekali melihat Vini dan Rodrygo sangat berjaya di Real Madrid kerana kepercayaan pengurus kepada mereka.
Cury berkata: “Sangat tak masuk akal, kamu beli pemain antarabangsa Brazil, bawa dia ke sini dan mula turunkan dia daripada hari pertama – kemudian aksi seterusnya dia tiada.
“Dia kemudian menjaringkan 2 gol, kemudian, hilang lagi. Xavi malah tak bercakap pun dengan budak ini.”
🔵🔴🇧🇷 Vitor Roque's agent Cury: "It's not logical to sign a Brazilian international, bring him here and start playing him from the first day – then another game and then no more…".
"Then he scores two goals and then… disappeared".
"Xavi does NOT even talk to the boy". pic.twitter.com/8UfGKGE756
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 6, 2024
Xavi sudah memberitahu ejen pemain itu bahawa, dia kekal dengan perancangan asal bahawa Vitor Roque harus pergi secara pinjaman sebagai langkah pembangunan.
Pemain itu menolak. Dan ejennya membayangkan bahawa pemain itu agak menyesal memilih Barcelona. Kerana sebelum ini dia menerima tawaran lebih baik dari Spurs.
Kelab London itu sedia membayar €30 juta untuk membeli pemain tersebut.
Spurs turut menawarkan gaji yang lebih besar kepada pemain muda itu. Ange Postecoglou berminat menjadikannya pemain Spurs.
Namun Vitor memberitahu kelab lamanya dia cuma mahu ke Barca.
Kini ejennya sedia membincangkan masa depan pemain itu dengan Barcelona.
POV: The Vitor Roque Xavi is rejecting.pic.twitter.com/LkU6ioz2PW
— Raghu (@IndiaTales7) May 6, 2024
Sebelum ini legenda Brazil dan Barca, Rivaldo sendiri berpendapat bahawa Vitor Roque tidak diberikan peluang yang secukupnya untuk membuktikan keupayaan dan kualitinya di atas padang.
Andre Cury berkata, pemain itu masih mahu terus kekal di Barcelona. Jadi solusi terbaik adalah memberikan dia minit permainan yang cukup atau dia pergi secara tetap ke kelab lain. Perjanjian secara pinjaman tidak dimahukan pemain itu.
Vitor Roque's agent said the 19-year-old forward, who joined Barcelona for €31 million in January, could move away from the club this summer due to lack of game time 😮 pic.twitter.com/DvPq5024j2
— ESPN FC (@ESPNFC) May 6, 2024