WORLD CLASS! Gol Sepakan Percuma Arif Aiman & Libasan Bergson Lengkapkan Musim Invincibles JDT

Arif Aiman meneruskan kecemerlangan beliau musim ini. Kali ini dia menjaringkan gol sepakan percuma berkelas dunia dalam aksi kemenangan JDT ke atas Sabah di Stadium Sultan Ismail.

JDT turun dalam aksi terakhir dengan status juara yang sudah dinobatkan.

JDT tetap menurunkan kesebelasan yang kuat melayan kunjungan Sabah yang mahu mengesahkan tempat ke Piala AFC musim hadapan.

Arif Aiman melakukan percubaan itu pada minit ke-39. Di mana Leandro memberikan peluang kepada Arif Aiman untuk mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Pemain kebangsaan itu tidak mempersia siakan peluangnya dan terus menewaskan penjaga gol simpanan yang baru dimasukkan, Damien Lim. Tiada apa yang boleh dilakukan penjaga gol berhadapan dengan percubaan yang terus ke top corner itu.

Saksikan sendiri di sini:

Bergson turut melakukan gol dengan kualiti individu luar biasa. Di mana pada minit ke-55, pemain tersebut melakukan libasan gunting yang tepat menewaskan Damien Lim.

Gol tersebut merupakan gol kedua peribadi Bergson dalam perlawanan ini selepas dia merupakan pemain yang melakukan jaringan pembukaan dalam perlawanan ini.

JDT menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0. Ia melengkapkan kempen triple hatrick dengan 9 kejuaraan berturut turut JDT dengan status invincibles sekali lagi pada musim ini.

Seperti yang dijanjikan JDT meraikan kejayaan bola sepak bersama dengan skuad SUKMA mereka yang cemerlang pada tahun ini. Di mana mereka menjadi juara keseluruhan edisi 2022.

Ini merupakan Invincibles kedua JDT selepas 2016. Pada 2020, mereka turut tanpa kalah namun liga hanya separuh ketika itu kerana pandemik.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.