WWE: Becky Lynch Bakal Sertai Marvel Cinematic Universe

Bintang WWE, Becky Lynch menjadi seorang lagi bintang mereka yang bakal diberikan peluang untuk tampil di persada Hollywood.

Becky Lynch akan bergabung dengan Marvel Cinematic Universe. Lynch sebelum ini sudah mendapat banyak sekali tawaran berlakon di tv oleh pelbagai syarikat penyiaran.

Namun tawaran ini nampaknya benar-benar menarik perhatian beliau. Mana taknya, Marvel datang mengetuk pintu.

Menurut Kris Tapley dari Netflix’s The Call Sheet, Becky Lynch kini dalam landasan terbaik untuk muncul dalam dunia perfileman bersama salah sebuah francais terbesar iaitu MCU.

Tapley memberikan bayangan penglibatan beliau dengan projek Marvel akan datang dengan tweet:

“Becky Lynch menarik perhatian Hollywood. (Psst: Dia juga ada dalam filem Marvel yang akan datang …)”

Namun buat masa ini kita tak tahu lagi apakah peranan beliau. Sama ada beliau akan memainkan peranan yang besar ataupun cameo.

Jika beliau berjaya menambat hati pengarah yang lain dan percubaannya untuk memecah masuk dunia Hollywood berjalan lancar, nampaknya Lynch bakal membuat lebih banyak penampilan di luar WWE di masa akan datang.

Pada malam minggu lalu, Becky Lynch membuat cameo dalam tayangan perdana ‘Billions’ Showtime.

Juara Wanita RAW mempamerkan sedikit gusti dalam rancangan itu dan memberikan ucapan motivasi mengenai pengalamannya dalam industri tersebut.

Penampilan itu adalah debutnya di TV, tetapi dijangka dia akan memainkan peranan yang lebih besar pada masa yang akan datang.

Satu sumber memberitahu WrestlingNews baru-baru ini melaporkann bahawa dua pengarah berminat untuk mendapatkan khidmat Lynch dalam projek filem besar.

Ini kerana kemampuannya untuk berhubung dengan crowd dan juga keterampilannya.

Tidak pasti sama ada salah seorang pengarah itu memang bekerjasama dengan Marvel.

Sebelum ini sudah ramai bintang WWE yang menempa nama di Hollywood. Dan yang paling berjaya pastinya Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

The Rock merupakan salah seorang pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood.

Becky Lynch merupakan salah seorang penggusti WWE yang paling berpengaruh pada ketika ini.

Jadi, sama sama kita nantikan perkembangan perkara ini di masa yang akan datang ye.

Baca yang lain