Venue:Maddison Square Garden,
Tarikh: 19 may 1996
Selain dikaca TV, WWF ada mengadakan pertunjukan yang tidak ditayangkan di kaca tv dan diberi nama house show.
Pada tarikh di atas ianya dilakukan di MSG, MSG adalah tempat keramat bagi sukan gusti.
Ada beberapa perlawanan hari itu seperti Razor Ramon melawan Hunter Hearst Helmsley dan Diesel melawan Shawn Michaels.
Perlawanan terakhir adalah Shawn Michaels melawan Diesel, usai tamat perlawanan Razor Ramon meluru ke dalam gelangang dan memeluk Shawn. Benda biasa dua watak baik berpelukan.
Tiba tiba Hunter juga datang dan berpelukan sekali sebelum Diesel menyertai mereka berpelukan beberapa ketika.
Peminat yang masih memenuhi gelangang terkejut, confuse apa yang sedang berlaku. Watak jahat dan baik sedang berpelukkan.
Waktu itu internet adalah asing apa lagi social media. Watak jahat dan baik tidak pernah sama sekali dilihat sebulu.
mereka berempat sebenarnya bersahabat baik diluar tv, mereka mengelarkan diri mereka sebagai the kliq. Hari itu adalah hari terakhir Diesel dan Razor bersama wwf. Mereka akan berpindah ke WCW, Shawn ambil keputusan menendang dinding keempat dan berpelukan dengan sahabat sahabatnya.
Apa yang berlaku selepas kejadian?
1. KELAHIRAN NWO
27 May 1996, Razor Ramon muncul dikaca tv TNt ketika program monday Nitro dan istihar perang menentang wcw.
Kerana social media masih tak ada ramai percaya Vince McMahon pemilik WWF yang hantar Razor ke sana.
“You wanna war Chicko? You got one”
Kerana realism yang dirasa disebalik jalan cerita itu, ia mendapat sambutan hangat peminat. Diesel kemudian sertai Razor sebagai duo yang sering muncul ditempat duduk penonton. Lagilah peminat percaya bahawa mereka berdua dihantar Vince.
Akhirnya satu perlawanan dibuat 3 lawan 3 dikejohanan bash at the beach.
Razor dikenali sebagai Scott Hall, Diesel sebagai Kevin Nash dan rakan rahsia menentang Randy Savage, Lex Luger dan Sting.
Ketika perlawanan berlangsung Hulk Hogan muncul cuba menyelamatkan WCW tetapi akhirnya berpaling tadah dan menyertai Hall dan Nash.
Sampah dibuang dalam gelangang menandakan heel turn hogan berjaya, maka tertubuhlah farksi hebat sepanjang zaman NWO.
Plan sebenarnya ahli ketiga adalah sting, tapi sting menolak, dan ianya sepatutnya begitu untuk mengekalkan realism takeover wcw ahli ketiga sewajarnya bekas WWF.
2. Tempat lepas Berang Vince.
Akibat tindakan berpelukan itu, vince melepaskan amarahnya pada Hunter. Kenapa hunter? Ya, shawn Michael adalah juara dunia, mana mungkin boleh disentuh. Hall dan Nash dah pun berpindah maka tinggal lah Hunter menelan segala amarah vince.
Karier hunter ditanam vince, selama 5 bulan hunter dipaksa untuk kalah dengan semua orang menjadikan karekter dia menyedihkan.
Hunter yang sepatutnya menang kejuaraan King Of The ring juga ditarik balik.
Ironinya selepas itu Hunter menjadi menantu kepada Vince, berkahwin dengan anak perempuan Vince iaitu Stephanie.
3. Kelahiran Stone Cold Steve Austin 3:16.
Apa kaitan Austin dalam kes ini? Ya, benar Austin menang king of the ring 96 mengantikan Hunter.
Pada interview selepas kemenangan itulah austin buat statement tentang 3:16. Maka lahirlah Austin 3:16.
Apa jadi kalau curtain call tidak berlaku?
4. Penubuhan fraksi Dgeneration x.
Video curtain call dijadikan bahan jalan cerita ketika DX melawan Vince McMahon. Menjadikan DX satu fraksi kegilaan ramai.
DX membawa watak seperti deadpool, pengjahat yang diangkat menjadi adiwira serta memecahkan dinding ke empat.
5. Kontrak jaminan bayaran.
Lepas perpindahan scott hall dan kevin Nash barulah ahli gusti mendapatkan bayaran setimpal dan tetap. Barulah ahli gusti menjadi kaya raya.
6. Peperangan Monday Night.
Perpindahan mereka berdua juga telah menghangatkan peperangan dua syarikat gusti, antara wcw dan WWF.
Hasilnya juga WWF bertukar frasa dari Family Friendly kepada Frasa gusti paling popular Attidude Era.