WWE Kini Ada Versi Tulisan Arab Untuk Memudahkan Mereka Yang Mahu Menjadi Superstar

WWE baru sahaja melancarkan laman rasmi mereka dalam veris bahasa Arab. Ini kerana, baru-baru ini WWE mengesahkan bahawa mereka mahu mencari bakat baharu di Arab Saudi.

Ia diharap akan dapat memudahkan mereka yang mahu akses ke WWE dengan bahasa Arab sekiranya kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

WWWE sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi uji / trial bakat di Riyadh, dan berharap dapat membawa masuk lebih 50 orang penggusti dari Arab Saudi.

Malah laman rasmi WWE kini ada tulisan Arab untuk peserta yang berminat mahu memohon. Power kan?

Laman web tersebut turut memberikan panduan kepada para atlet – langkah demi langkah bagaimana cara memohon trial tersebut, serta akses ke borang permohonan rasmi.

Terdapat juga sumber yang tersedia untuk bakal superstar, termasuk petua petua daripada superstar Raw dan Superstar Smackdown.

Paul Levesque (Triple H), yang merupakan Eksekutif Naib Presiden Eksekutif, Talent, Live Events & Creative, berkata: “Saya ada mesej untuk setiap atlet di Arab Saudi yang mempunyai impian untuk menjadi WWE Superstar.”

“WWE akan tiba di Riyadh untuk membantu anda merealisasikan impian anda. Ini adalah peluang anda untuk mengambil kesempatan , dan agar suatu hari nanti anda dapat keluar berjalan di luar sana sebagai seorang WWE Superstar.”

“Manakala ribuan peminat menjerit nama anda.”

“Kami teruja untuk kembali semula ke Arab Saudi berikutan kejayaan percubaan pertama kami pada 2018. Di mana kami merekrut pelbagai atlet elit dari Timur Tengah. Ini termasuk bakat yang sangat menonjol iaitu Mansoor.”

“Mansoor adalah atlet WWE yang telah memainkan peranan yang sangat penting di dalam pelbagai acara WWE di Arab Saudi pada kali ini,” tambah beliau lagi.

Mansoor adalah atlet WWE pertama dari Arab Saudi yang berjaya mendapatkan kontrak dengan WWE.

Sesi tria di Riyadh ini bukti bahawa WWE sentiasa terbuka mencari bakat baharu dari pelbagai latar dan juga negara.

Sebelum ini, WWE telah berjaya menandatangani pemain ragbi dan bola sepak dari Eropah, atlet kabaddi dan kushti dari India, dan ramai lagi.

Super ShowDown di Arab Saudi akan berlangsung pada 27 Februari. Setakat ini, berikut adalah senarai pertarungan yang sudah disahkan:

Juara WWE – Brock Lesnar vs. Ricochet
Juara Universal – “The Fiend” Bray Wyatt vs Goldberg
Roman Reigns vs King Corbin – Perlawanan Cage Steel
SmackDown Tag Team Champions New Day vs The Miz & John Morrison
AJ Styles vs Bobby Lashley vs. Rusev vs R-Truth vs Erick Rowan vs Andrade – Perlawanan Tuwaiq Trophy Gauntlet Match
Juara SmackDown Wanita – Bayley vs Carmella atau Naomi

Baca yang lain