Logan Paul kini dengan rasminya telah menandatangani kontrak dengan WWE, dengan syarikat hiburan sukan tersebut telah mengesahkan perkara itu di media sosial:
“TERKINI: @loganpaul secara rasmi menandatangani kontrak WWE.”
Berkongsi pengumuman itu dengan peminatnya sendiri, Paul juga menulis di Instagram: “Baru sahaja menandatangani dengan @WWE.”
YouTuber dan podcaster sensasi itu berkongsi foto lawatannya ke ibu pejabat WWE, dengan satu gambar menunjukkan bintang itu bergambar dengan mesej tulisan tangan kat kertas A4 untuk The Miz, berikutan pertemuan mereka di Wrestlemania selepas ini.
Dia menulis: “COMING 4 U @MIZ,” ataupun diterjemah “AKU DATANG KAT ENGKAU MIZ.”
Paul digambarkan menandatangani kontraknya bersama Paul Levesque, aka Triple H, yang berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif untuk Global Talent Strategy & Development, dan isterinya Stephanie McMahon yang merupakan ketua pegawai eksekutif sementara untuk WWE.
Logan Paul mengakui ianya satu perkara yang menyeronokkan.
Bintang media sosial itu sebelum ini telah bekerjasama dengan The Miz untuk menentang superstar bertopeng legenda Rey Mysterio dan anaknya Dominik di acara pameran WWE.
Peminat kagum dengan persembahan Logan ketika itu yang dianggap sangat semulajadi.
Paul dan The Miz muncul sebagai pemenang pada malam pertama WrestleMania 38, sebahagian besarnya hasil daripada usaha pendatang baru.
Walaubagaimanapun, selepas The Showcase of the Immortals kemenangan mereka ke atas Mysterios, The Miz berpaling tadah dan menjatuhkan Paul dengan Skull-Crushing Finale.
Selepas banyak spekulasi bahawa mereka mungkin sekali lagi bergandingan, Paul menjelaskan dia akan kembali semula ke ring untuk membalas dendam di SummerSlam pada 30 Julai.
Tahun lalu, Paul memulakan kerjaya tinju ketika dia menentang Floyd Mayweather dalam satu pameran. Dia berjaya menyaingi bekas juara dunia itu apabila pertandingan berakhir dengan seri.
Mayweather unggul dengan rekod tumbukan lebih banyak. Namun peraturan khas ketika itu, Mayweather harus menjatuhkan Logan secara KO.
Pertarungan tersebut diadakan pada 7 Jun 2021 lalu di Stadium Hard Rock. Tidak ada pemenang dalam pertarungan ini kerana peraturan yang mengatakan bahawa pemenang ditentukan hanya oleh KO dalam 8 pusingan.
Dengan aksi yang kurang sejam tersebut Mayweather dilaporkan mendapat $132 juta /RM543.91 juta.
Sementara Logan Paul membawa pulang $26 juta / RM107.13 juta. Siapa sangka YouTuber itu berjaya meraih angka sebegitu besar dari gelanggang tinju.
Jumlah itu belum termasuk PPV yang masih dalam kiraan. Di mana Mayweather berdasarkan kontrak, mendapat $10 juta / RM41.20 juta sebagai bayaran tetap dan tambahan 50 peratus daripada setiap PPV.
Sementara Paul mendapat $250 ribu /RM1.03 juta sebagai bayaran tetap dan 10% daripada bayaran keseluruhan PPV.
Jadi keseluruhannya, secara kasar Mayweather sudah mendapat $142 juta / RM585.11 juta. Manakala Logan Paul mendapat $26.3 juta / RM108.37 juta.
Sebelum itu Mayweather sudah mendapat $30 juta / RM123.6 juta tajaan sebelum pertarungan bermula sekalipun.
Keseluruhannya kedua dua petarung membawa pulang $195.3 juta bersamaan dengan RM804.73 juta.
Sebenarnya, ramai yang kecewa dengan pertarungan ini yang dianggap terlalu disimulasikan kedua duanya.
Lihat bagaimana Mayweather dengan sengaja tidak mengenakan tumbukan KO dalam situasi ini:
The moment Floyd Mayweather Knocked out Logan Paul but held him up so the fight can continue. #FloydMayweather #loganPaulVsmayweather pic.twitter.com/bF0B1POfQh
— GoldMyneTV (@GoldmyneTV) June 7, 2021
Ricky Hatton lantang mengecam pertarungan ini sebagai bermotifkan wang semata mata. Menurut Hatton memang wang penting namun sekurang kurangnya berikan aksi tinju kompetitif dan bukannya yang membosankan seperti ini.
Hatton malah menganggap pertarungan ini adalah sampah kepada sukan tinju.
Ricky Hatton not holding back with his thoughts on Floyd Mayweather vs Logan Paul as he says it was "s*** for boxing"… pic.twitter.com/aQyQgVd5rq
— Michael Benson (@MichaelBensonn) June 7, 2021
Pada Feb. 3, 2018, selepas perlawanan tinju dengan Joe Weller, YouTuber British yang menggunakan nama KSI (nama sebenarnya Olajide Olayinka Williams “JJ” Olatunji) mencabar Paul untuk dua perlawanan tinju di mana Logan dan abangnya Jake akan melawan KSI dan adiknya, Deji.
Sementara Jake Paul memenangi perlawanannya, Logan berakhir dengan keputusan seri.
Pada November 2019, Paul membuat penampilan sulung tinju profesionalnya dalam perlawanan semula menentang KSI. Pertarungan itu terdiri daripada enam pusingan tiga minit, dan dalam kemenangan untuk KSI melalui keputusan pengadil adalah berbeza / split, dengan dua juri menyatakan skor pertarungan 57–54 dan 56–55 untuk KSI, dan seorang lagi menjaringkan 56–55 memihak kepada Paul.