WWE Sudah Merancang Perlawanan Impian Untuk Eddie Guerrero Di WrestleMania 22

Seandainya mendiang Eddie Guerrero masih ada, beliau tentunya sudah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-53 minggu lalu.

Seperti yang kebiasaannya dilakukan oleh peminat dan bintang WWE setiap tahun, mereka pastinya akan meluangkan sedikit masa untuk memperingati kegemilangan ‘Latino Heat.’

Mendiang Eddie Guerrero telah lama meninggal dunia ianya pada tahun 2005 yang lalu, namun beliau sama sekali tidak pernah dilupakan.

Beliau masih banyak lagi yang boleh diberikan dalam dunia gusti ini terutamanya ketika waktu kemuncaknya, namun ketika itu jugalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Eddie Guerrero berjaya menewaskan Brock Lesner untuk sabuk kejuaraan dunia WWE hanya 21 sebelum ajalnya.

Itu jugalah merupakan kejuaraan dunia pertama Guerrero dan satu-satunya kejuaraan dunia yang beliau menangi.

Walaupun beliau tidak begitu lama menyandang sabuk kejuaraan dunia WWE itu, namun ianya menjadi salah satu memori yang tidak pernah dilupakan oleh para peminat.

Kejayaan Eddie Guerrero muncul sebagai Juara terus dikenang dan beliau adalah antara Juara paling digemari oleh para peminat sepanjang zaman.

Namun sebenarnya pihak kreatif WWE sudah menyediakan satu lagi jalan cerita menarik untuknya sebelum beliau didapati meninggal dunia.

Menurut sumber laporan dari Bruce Prichard, WWE sudah berencana untuk meletakkan Guerrero kembali ke perlawanan merebut sabuk kejuaraan dunia tidak lama sebelum kematiannya.

Perlawanan yang dirancang itu juga merupakan perlawanan impian yang mana Eddie akan dipertemukan dengan Shawn Michaels yang sepatutnya berlangsung di acara WrestleMania 22.

“Ianya memang bakal menjadi perlawanan paling mengujakan kerana mereka berdua belum pernah bekerjasama, dan itulah yang ramai orang impikan, ianya perlawanan impian.”

Jelas Prichard kepada Wretle podcast.

“Ianya adalah salah satu perlawanan yang pastinya menjadi perlawanan paling saya nantikan.”

Perlawanan antara Shawn Michaels dan Eddie Guerrero pastinya akan menjadi perlawanan terhebat ketika itu dan ianya jelas merupakan sebagai perlawanan impian oleh kebanyakkan peminat.

Sayangnya, ianya tidak terjadi selepas Eddie Guerrero disahkan meninggal dunia enam bulan sebelum acara WrestleMania 22.

Perlawanan impian itu pon tidak menjadi kenyataan dan telah menjadi sebagai salah satu perlawanan impian yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.

WWE ketika itu terpaksa menggunakan plan B selepas perlawanan antara Shawn dengan Eddie tidak dapat diteruskan dengan menemukan HBK dengan Vince McMahon.

Shawn Michaels ketika itu berjaya menewaskan majikannya Vince dalam perlawanan berdarah, Brutal No Holds Barred Match.

Ianya juga antara perlawanan yang bagus tetapi tidak membuatkan para peminat begitu teruja kerana para peminat mengharap Eddie yang bertarung dengan Shawn ketika itu.

Pada ulang tahun ke-53 Guerrero, beberapa bintang WWE tetkini telah memberi penghormatan kepada legenda terhandal itu.

Randy Orton telah memuat naik status penuh emosi dalam mengenang kembali kegemilangan mendiang Eddie Guerrero.

Sementara itu Ricochet pula telah membuat aksi terkenal ‘,Latino Heat’ dalam satu perlawanan di Monday Night RAW.

Beliau memenangi perlawanan menentang Cedric Alexander dengan keputusan DQ selepas berlakon dipukul dengan kerusi, dan taktik tersebut merupakan taktik terkenal yang sering dilakukan oleh Eddie Guerrero dahulu.

“Ianya tiada rahsia lagi bahawa mendiang Eddie Guerrero adalah sumber inspirasi saya dan ramai lagi penggusti sebelum dan selepas saya. Jadi ianya satu penghormatan untuk saya apabila dapat melakukan aksi yang pernah dipopulerkan olehnya.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.