Xabi Alonso: Maestro Liverpool Yang Elegan

“Jelas sekali Alonso menunjukkan kualitinya kepada kami hanya pada latihan pertamanya pada Ogos 2004. Beliau tanpa tandingan, merupakan pemain tengah terbaik yang saya pernah bergandingan”

Steven Gerrard

Xabier Alonso Olano merupakan antara pemain tengah terbaik dalam generasi beliau. Malah ketika karier kemuncaknya, Xabi Alonso tetap menjadi pemain pilihan di dalam pasukan kebangsaan Sepanyol yang sarat dengan ramai pemain tengah luar biasa.

Xabi Alonso memulakan kariernya dengan Real Sociedad dan melakukan debut untuk pasukan itu pada 1 Disember 1999 menentang Logrones – pada kejohanan Copa del Rey.

Beliau melakukan 14 penampilan pada musim itu dan kemudiannya dipinjamkan ke Eibar.

Namun ketika itu Real Sociedad bergelut pula dengan prestasi. Dan pengurus baharu Sociedad ketika itu yang juga legenda Liverpool – John  Toshack – telah memanggil semula Alonso.

Alonso ketika itu baru berusia 19 tahun dan diberikan jawatan kapten. Sociedad berjaya mengelakkan penyingkiran.

Pada musim 2002/03, pasukan Real Sociedad menaik mendadak. Mereka menamatkan musim di belakang juara liga – Real Madrid – hanya dibezakan 2 mata.

Majalah ‘Don Balon’ memilih Alonso sebagai pemain terbaik Sepanyol ketika itu. Dan beliau membuat debut antarabangsa pada 30 April 2003 menentang Ecuador.

Alonso mendapat tempat dalam skuad Euro 2004 namun Sepanyol ketika itu bungkus awal.

Sociedad pula  mara ke kalah mati UCL. Malang sekali mereka disingkirkan Lyon yang ketika itu bukan kaleng-kaleng tau. Sociedad gagal untuk mendapatkan prestasi mereka seperti sebelum ini.

Rafa mahukan Alonso

Pengurus Liverpool, Rafa Benitez merasakan Xabi Alonso adalah pemain yang diperlukan di Anfield. Selain daripada hensem, beliau juga memiliki ketenangan selaku deep lying playmaker dengan spray pass persis sang penulis artikel ini.

Menurut Rafa, Xabi Alonso akan memberikan kestabilan kepada pasukan ketika bertahan dan juga transisi menyerang. Beliau memiliki kualiti hantaran jauh yang merecik.

Rafa sebenarnya lebih banyak menggariskan isu kualiti playmaking daripada belakang.

Tetapi dia tak sedar, Xabi Alonso ni memiliki kadar bentesan yang sangat baik ketika di EPL. Alonso adalah pemain yang melakukan bentesan apabila perlu, bukannya membentes kerana kena bentes orang.

Alonso mengalami kecederaan dengan retak di buku lalinya pada hari tahun baru 2005. Ketiadaan Alonso amatlah dirasai.

Juara Eropah bersama Liverpool

Alonso berjaya kembali selepas 3 bulan. Beliau bermain pada perlawanan suku akhir kedua berhadapan dengan Juventus di mana Liverpool seri tanpa jaringan di Turin.

Liverpool mara selepas menewaskan pasukan Juventus dengan 2-1.

Pada separuh akhir kedua, berhadapan dengan Chelsea, Xabi Alonso digantung perlawanan. Sekali lagi Liverpool bermasalah tanpa beliau di tengah. Namun mujurlah Liverpool tetap mara ke final.

Dalam aksi final di Istanbul, Xabi Alonso merupakan pemain yang menjaringkan gol penyamaan setelah penalti beliau diselamatkan Dida. Alonso meluru untuk menyumbat masuk bola itu.

Dan beliau menjadi pemain yang mencipta sejarah bersama kapten Gerrard untuk menjulang UCL ke-5 dalam sejarah Liverpool dengan pasukan yang dianggap bukan pilihan.

Selain daripada keupayaan melakukan hantaran yang padu, Alonso juga pakar melakukan percubaan jarak jauh. Beliau melakukan 2 gol daripada kawasan sendiri.

Pertamanya gol ke atas Newcastle.

Dan kedua berhadapan dengan Luton Town. Dengan kaki kiri pula tu. Kau tengok reaksi Gerrard yang minta Alonso bertenang dahulu.

 

Beliau membantu Liverpool menjuarai Piala FA 2005/06. Ketika itu beliau cedera pada perlawanan sebelumnya.

Namun Rafa memberikan kepercayaan kepadanya untuk beraksi di final. Alonso terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67. Final yang dikenali dengan final Steven Gerrard. Gila juga Gerrard masa ni.

Pada 2007, Alonso sekali lagi membantu Liverpool mara ke final UCL, berhadapan dengan lawan yang sama iaitu AC Milan. Liverpool tewas.

Rafa kemudian menggandingkan Alonso dengan Mascherano di tengah untuk menolak Steven Gerrard sebagai false no.10 di belakang Fernando Torres.

Bersama Sepanyol, Alonso menjadi nadi penting negaranya untuk menjuarai Euro 2008. Dan spekulasi masa depan beliau semakin hangat.

Alonso dalam senarai jual

Rafa kemudiannya mahu mendapatkan Gareth Barry. Aduh..

Gerrard beberapa tahun lalu mendedahkan, beliau sendiri berjumpa dengan Rafa Benitez dan menyatakan kepada Rafa bahawa; Barry tidak akan mampu menggantikan Alonso. Masalahnya orang tua ni degil.

Rafa ketika tidak boleh menyimpan Alonso sekali, kerana pemilik kelab menyatakan ia akan menjadi satu pembaziran nak bagi 2 pemain itu duduk dalam satu pasukan dengan gaji besar.

Rafa dikatakan mengambil kira rekod kecederaan Alonso. Ye lah, pasukan tak berapa nak kaya masa tu, mana boleh simpan pemain yang macam Alonso ni kat bench lama sangat.

Mimpilah kau nak tengok bench macam ada pada hari ini, siap ada Naby Keita dan Oxlade sekali.

Oleh itu, Rafa diminta menjual Alonso untuk menambah dana bagi mendapatkan Gareth Barry. Macam-macam si Rafa ni.

Rafa kemudian dilaporkan berusaha menjual Alonso dan pemain itu mulai makan hati diperlakukan sebegitu.

Alonso mulai dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Juventus. Tetapi Alonso terus kekal di Liverpool kerana Rafa tak dapat Gareth Barry.

Musim terakhir Alonso di Liverpool adalah antara musim terbaik beliau secara individu. Bermain 47 perlawanan semua kompetisi, menjaringkan 5 gol termasuk gol yang menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge.

Namun akhirnya beliau memterai perjanjian ke Real Madrid dengan perpindahan £30 juta sahaja. Ianya dikatakan kerana beliau sangat kecewa dengan Rafa sebelum ini.

Alonso dikenang sebagai antara pemain tengah yang lengkap di dalam sejarah ataupun era Steven Gerrard. Gandingan beliau dan Mascherano dengan Gerrard memang sesedap rasa.

Berakhirnya era

Alonso kemudiannya menyertai Real Madrid. Dan Gareth Barry sebelum tu dapat ke Man. City. Kita dapat apa selepas itu? Ya Alberto Aquillani.

Alonso meninggalkan Liverpool dengan rekod: 210 penampilan dengan 9 gol

Beliau kemudian menikmati karier luar biasa di Real Madrid serta Bayern Munich selepas itu.

Beliau juga membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia menewaskan Belanda di final.

Beliau menjadi playmaker penting dalam skuad Jose Mourinho di Real Madrid. Malas nak cerita pasal karier dia kat tempat lain.

Beliau kemudian memutuskan untuk bersara pada 2017.

Xabi Alonso adalah maestro yang sentiasa memberikan impak di mana sahaja beliau bermain. Alonso juga membuatkan pemain di sekitarnya menjadi lebih baik dengan kualiti deep lying playmaking beliau.

Selain itu, Xabi Alonso adalah pemain tengah yang sangat tenang dan mampu untuk menguasai tengah dengan gaya beliau tersendiri.

Aku senaraikan kejayaan Alonso dalam kariernya:

Liverpool

FA Cup: 2005–06
FA Community Shield: 2006
UEFA Champions League: 2004–05
UEFA Super Cup: 2005

Real Madrid

La Liga: 2011–12
Copa del Rey: 2010–11, 2013–14
Supercopa de España: 2012
UEFA Champions League: 2013–14
UEFA Super Cup:
2014-15 UEFA Super Cup

Bayern Munich

Bundesliga: 2014–15, 2015–16, 2016–17
DFB-Pokal: 2015–16
DFL-Supercup: 2016

Sepanyol

FIFA World Cup: 2010
UEFA European Championship: 2008, 2012

Individu

Spanish Player of the Year: 2003
BBC Goal of the Month: November 2004[167]
FIFA FIFPro World XI: 2011, 2012
FIFA FIFPro World XI 2nd team: 2014
FIFA FIFPro World XI 3rd team: 2013
FIFA FIFPro World XI 4th team: 2015
FIFA FIFPro World XI 5th team: 2016
La Liga Best Midfielder: 2011–12
UEFA European Championship Team of the Tournament: 2012
UEFA Champions League Squad of the Season: 2013–14
Bundesliga Team of the Season: 2014–15

Pingat kebesaran

Gold Medal of the Royal Order of Sporting Merit: 2011