Xavi Akui Analisis Dan Pemerincian Ten Hag Membantu United Kalahkan Barcelona

Xavi memberikan penjelasan kenapa pasukannya kalah di tangan kepada Manchester United dalam perlawanan play-off Liga Europa.

Menurutnya, ianya kerapa  “perincian yang lebih terperinci” dilakukan pasukan kejurulatihan Ten Hag berbanding Barcelona.

Pengurus Barca itu tidak dapat membimbing pasukannya melepasi cabaran skuad United Erik ten Hag, yang bangkit dari ketinggalan untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir.

United menang 2-1. Anak buah Xavi telah mendahului pada minit ke-18 selepas Robert Lewandowski menjaringkan penalti, tetapi jaringan separuh masa kedua daripada Fred dan Antony memberikan United kemenangan sewajarnya berikutan keputusan seri 2-2 yang mendebarkan pada perlawanan pertama di Camp Nou Khamis lalu.

Bercakap selepas perlawanan, Xavi mengakui bahawa Barcelona akhirnya tidak dapat menampung bebanan hasil peningkatan prestasi lawan mereka selepas persembahan mengecewakan pada separuh masa pertama.

“United sangat sengit pada separuh masa kedua itu,” kata pemain Sepanyol itu pada sidang media selepas perlawanan.

“Mereka berada dalam prestasi yang sangat baik pada masa ini dan sangat bagus di halaman. Pemerincian yang sangat halus dan terperinci itulah yang membuat semua perbezaan.”

Robert Lewandowski akur bahawa prestasi separuh masa kedua oleh pasukannya membuatkan mereka kalah.

“Pada separuh masa pertama, kami mempunyai hampir segala-galanya terkawal,” kata pemain antarabangsa Poland itu kepada Viaplay.

“Tetapi separuh masa kedua, selama 10 minit, mungkin 15 minit apabila Manchester [United] menolak kami ke bawah dan menjaringkan dua gol, ia bukan masa terbaik untuk kami.”

“Sudah tentu kami berjuang sehingga tamat untuk mengubah keputusan tetapi ia tidak mencukupi.”

“Mungkin jika kami cuba menjaringkan gol tambahan, mengambil lebih banyak risiko dan cuba mencipta situasi lain, ia juga akan menjadi lebih sukar untuk lawan untuk melakukannya untuk pergi menyerang ke hadapan.”

Sementara itu, ia adalah kegembiraan buat pemain United dan pengurus Erik ten Hag.

“Saya fikir kami mempunyai beberapa personaliti hebat dalam pasukan seperti Raphael [Varane] dan [Lisandro] Martinez, mereka tidak takut sesiapa pun,” kata pengurus asal Belanda itu kepada BT Sport selepas perlawanan.

Tidak hairan kalau United benar benar memiliki persediaan yang terbaik untuk aksi kali ini.

Di mana minggu lalu, Erik Ten Hag menghantar 8 orang pakar analisisnya bertandang ke Nou Camp untuk menganalisis tentang Barcelona.

 

Baca yang lain