Xavi Hernandez menepis dakwaan bahawa pemain pemainya sudah hilang kepercayaan kepadanya di bilik persalinan.
Xavi dihujani banyak kritikan setelah dibelasah Real Madrid dalam aksi final Piala Super Sepanyol yang berlangsung di Arab Saudi.
Ada laporan menyebut bahawa sesetengah pemain tidak gembira dengan Xavi dalam banyak situasi.
Pengurus itu tampil dengan berkata: “Pada hari pertama saya tahu bahawa pemain pemain Barcelona sudah tidak bersama saya lagi, saya akan kemas barang saya dan berambus!”
Seterusnya Xavi menegaskan bahawa Barcelona masih di landasan yang tepat musim ini. Menjulang Piala Super Sepanyol bukan dalam sasaran atau keutamaan mereka.
Xavi menegaskan bahawa di Barcelona, mereka sentiasa ada matlamat yang realistik. Dan setakat ini, sejak Xavi mengambil alih, pasukan itu sentiasa berjaya melakukannya.
“Kami sentiasa mencapai sasaran yang realsitik. Jika musim ini kami gagal mencapai sasaran itu, maka, saya akan menjadi orang yang pertama berundur dari kelab ini,” tegas legenda kelab Catalan itu.
Barcelona berdepan dengan banyak tekanan dalam beberapa musim ini terutama sekali ketika mereka sedang berusaha keluar daripada kemelut masalah kewangan yang melanda kelab.
Terkini Xavi tidak dapat membeli mana mana pemain pada Januari kerana akaun FFP kelab itu yang tidak bagus. Mereka perlu menjual pemain pada harga yang tinggi untuk berbuat demikian.
🚨🔵🔴 Xavi replies on support from the players: “The day I notice that the players are not with me, I will take my things and leave”.
“We’ve always reached the realistic goals. If this season we don’t reach our goals… then I’ll be the first to take a step back”. pic.twitter.com/NC2zlGUO3z
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 17, 2024
Sebelum ini Pep Guardiola menyatakan sokongannya kepada Xavi. Dia meminta peminat Barca terus menyokong Xavi seperti mana dia dahulu.
Guardiola menganggap adalah tidak adil untuk membandingkan dia dengan Xavi. Kerana Xavi tidak ada Messi di dalam pasukannya.
“Xavi perlukan masa. Di Barcelona, saya tak mengambil masa yang lama sebab masa itu saya ada Messi,” tegas pengurus Man City itu yang pernah menikmati era kegemilangan sebagai pengurus Barca.