Xavi Bingung Dan Terkejut Lihat 30k Penyokong Frankfurt, Antara Punca Barca Kalah

Barcelona menerima  kehadiran kunjungan penyokong lawan yang luar biasa pada Khamis. Xavi mengakui situasi itu mempengaruhi sedikit fokus para pemainnya di atas padang.

Sorakan Culers telah ditenggalamkan oleh sorakan penyokong lawan. Mereka malah berada di di kawasan seksyen penyokong tuan rumah sambil bergembira dan bersorak di depan penyokong Barca.

Perkara itu membuatkan, Pengurus Barcelona Xavi bingung dan tak berpuas hati. Bagaimana penyokong pasukan lawan dibenarkan menceroboh seksyen penyokong Barca?

Xavi mengesahkan bahawa kelab sedang menyiasat perkara itu.

Blaugrana tewas 3-2 (agregat 4-3) untuk tersingkir daripada pertandingan pertandingan kelab eropah kast kedua, sekaligus menamatkan rekod prestasi cemerlang mereka.

Peminat Frankfurt berbaju putih malah terus berada lama di dalam Nou Camp selepas wisel penamat untuk bersorak untuk kelab mereka.

“Saya menjangkakan 70,000 atau 80,000 Culer di sini tetapi ia tidak seperti itu,” kata Xavi kepada pemberita.

“Kelab sedang menyemak apa yang berlaku.”

Dilaporkan kira kira 30,000 penyokong Frankfurt daripada 79,468 penyokong yang hadir ke Barcelona.

Ronald Araujo menambah kepada Movistar+: “Saya terkejut terdapat begitu ramai peminat Jerman di stadium. Kelab perlu melihat perkara itu semula  .”

Kemudian, presiden kelab Joan Laporta berkata: “Kami bimbang tentang hakikat bahawa hari ini satu keaiban besar berlaku yang tidak boleh berlaku lagi. Kami mempunyai sebahagian besar maklumat di tangan tentang apa yang berlaku, kami perlu masa untuk memproses perkara ini dan kami akan mengambil langkah yang sewajarnya tetapi ia memalukan apabila melihat apa yang berlaku.”

“Hari ini lebih banyak penyokong lawan yang hadir berbanding penyokong kami sendiri. Saya sangat kecewa atas apa yang telah berlaku.” kata Laporta.

“Kita boleh mengelak beberapa situasi buat masa ini, namun kita harus lebih tegas dalam perkara ini. Kita tak boleh membiarkan situasi seperti ini berlaku lagi.”

Xavi Hernandez kecewa dengan pengurusan stadium pasukannya yang melakukan kesilapan menjual tiket lebih kepada penyokong lawan.

Selain itu Xavi juga menganggap situasi penyokong lawan yang ramai memberikan sedikit impak kepada fokus para pemainnya.

“Saya sudah cuba memberitahu para pemain tentang perkara penting adalah apa yang berlaku di atas padang. Namun secara logiknya, situasi ini juga boleh mempengaruhi kita, ianya jelas sekali atmosfera pada hari ini tidak membantu kami. Para pemain pun mahukan jawapan.”

“Kami harus cuba fokus dalam perlawanan dan kami tidak cukup bagus hari ini. Ianya tidak berkaitan dengan perkara itu atau ini. Ini bukanlah satu alasan selepas kalah.”

“Situasi ini tidak berpihak kepada kami. Namun kami juga tak cukup bagus dan tidak cukup berdaya saing.”

Penyokong Frankfurt membuatkan diri mereka terasa seperti di laman sendiri, apabila mereka berarak bersama-sama melalui jalan-jalan di Barcelona.

30,000 peminat Eintracht Frankfurt berarak melalui Barcelona dalam perjalanan ke Camp Nou. Semua dalam warna putih.

Mereka kemudiannya dihidangkan dengan persembahan dominan dari Frankfurt, yang mendahului 3-0 sehinggalah Barca membalas 2 gol saguhati masa kecederaan.

Penyokong Frankfurt kini berkata mereka akan cuba menyerang London dengan cara yang sama apabila mereka menentang West Ham di separuh akhir.

Keadaan lautan manusia di Nou Camp itu berlaku apabila banyak tiket tuan rumah terjual pada hari perlawanan.

Penyokong lawan mengambil kesempatan membeli tiket tersebut.

Perkara itu seharusnya dipantau dengan lebih teliti oleh pengurusan Barcelona. Kerana, ada risiko yang besar melibatkan penyokong yang bercampur di seksyen yang sama.

Penyokong Frankfurt benar benar menjadikan Nou Camp seperti rumah mereka sendiri.

Baca yang lain