Xavi Hernandes membincangkan tentang masa depan Frenkie De Jong yang berterusan dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.
Barcelona pada masa yang sama benar benar berusaha menjual pemain itu ke Man United yang sudah mencapai kesepakatan harga seperti yang dimahukan mereka.
De Jong masih tidak mahu meninggalkan Barcelona dan pada masa yang sama masih berkeras tidak mahu dipotong gaji. Joan Laporta menyatakan bahawa, satu satunya cara De Jong boleh kekal di Barca adalah dengan menerima pemotongan gaji.
Manchester United yang masih berharap akan dapat menandatangani De Jong pada minggu minggu terakhir jendela perpindahan musim panas ini.
Dalam dua perlawanan pra musim di Amerika Syarikat, De Jong diturunkan sebagai bek tengah. Ramai yang menganggap ianya isyarat (mesej) bahawa pemain itu tidak diperlukan di Barcelona.
.@albert_roge: "Frenkie de Jong's second game playing as a centre-back. The message from Xavi, and from the club, is clear." pic.twitter.com/S5uXT8EUek
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 24, 2022
Xavi membidas kenyataan tersebut kerana Xavi hanya menurunkan De Jong sesuai dengan taktikalnya. Dan tiada kaitan dengan isyarat mahu dia berambus ke kelab lain.
Xavi menyatakan bahawa dia sangat menghargai kualiti De Jong. Dan menjadi pemain penting dalam pasukan Barcelona. Tetapi pengurus itu mengingatkan bahawa situasi kewangan Barca dan Financial Fair Play adalah antara perkara yang mungkin memaksa mereka terpaksa menjual De Jong.
Xavi berkata: “Saya bukannya berada di sini untuk menghantar mesej. Saya sudah bercakap dengan Frenkie, dan saya sangat menghargai kualitinya. Dia adalah pemain penting.”
“Namun ada situasi dari segi ekonomi, dan ada Financial Fair Play.”
Xavi on de Jong deal: “I’m not here to send messages. I already spoke with Frenkie, I value him very much. He’s key player, but then there’s economic situation and Financial Fair Play…”. 🚨🇳🇱 #FCB
“He can give us a lot also as a centre back” he added via @ActualiteBarca. pic.twitter.com/J3T3wQShb4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 24, 2022
Xavi kemudian menegaskan bahawa Frenkie De Jong akan sangat berguna memberikan sumbangannya di bahagian bek tengah.
“Dia boleh memberikan banyak kepada kami di bahagian bek tengah.”
De Jong mungkin akan menjadi antara pemain yang berada dalam opsyen bek tengah jika mereka gagal mendapatkan Jules Kounde dari Sevilla. Di mana Barca masih bersaing dengan Chelsea untuk mendapatkan pemain tersebut.
Selain itu, Xavi turut menyatakan bahawa tidak ada tempat automatik kepada pemain seperti Gerard Pique. Dia harus bermula dari bawah juga dalam pembinaan semula pasukan mereka.
Xavi: "Pique will start from scratch, like everyone else. Here the names are not important, but it is about the performance." pic.twitter.com/JSjDtpwiYQ
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 24, 2022
Adakah Xavi benar benar mempertimbangkan pemain itu untuk bermain di bek tengah? Ianya pasti tidak bagus buat De Jong yang mahu beraksi di Piala Dunia 2022 ini.
Dia merupakan pemain tengah ofensif di dalam pasukan kebangsaan.