Xavi Dilarang Masuk Ke AS Bersama Barca Kerana Pasport ‘Tak Cantik’

Jurulatih Barcelona, ​​Xavi Hernandez, tidak dapat pergi ke Amerika Syarikat bersama pemainnya kerana dia sukar untuk mendapatkan akses khas ke negara tersebut.

Itulah dunia. Sarat dengan plot twist. Sebelum ini Barcelona memberikan amaran kepada De Jong bahawa dia akan ditinggalkan daripada lawatan ke AS kerana enggan menerima perpindahan ke Man United.

Sekarang ini, De Jong lepas ke AS selepas Barcelona memutuskan tak jadi hukum dia. Xavi pula yang sangkut!

Barcelona dijadualkan akan bertemu Inter Milan pada 20 Julai 2022 di Florida sebelum berlepas ke Las Vegas.

Paling penting adalah, Barcelona akan bertemu musuh tradisi mereka, Real Madrid, pada 23 Julai 2022.

Mereka kemudian menentang Juventus di Los Angeles (27 Julai 2022), sebelum menentang New York Bulls Arena di New Jersey (31 Julai 2022).

Bagaimanapun, Xavi Hernandez tidak dapat pergi bersama pemainnya seperti yang dijadualkan. Laporan dari AS menyatakan visa Xavi Hernandez ditolak oleh pihak imigresen AS.

Ini kerana sejarah perjalanan Xavi Hernandez tersenarai dalam pasportnya.

Rekod perjalanan ke Iran

Dia ada rekod lawatan ke Iran sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun. Di mana AS tidak akan memberikan visa kepada mana mana pelawat yang pernah melawat Iran dalam tempoh 5 tahun terakhir.

Jika mereka mahu melawat ke AS selepas ada rekod perjalanan ke Iran, mereka perlu mendapatkan visa khas. Ianya urusan yang sangat rumit dan tak boleh diselesaikan dalah sehari dua.

Namun sebenarnya, Xavi melawat Iran bukan atas urusan percutian peribadi. Dia melawat Iran kerana ketika itu dia bermain untuk kelab Qatar, Al Sadd.

Ketika itu, ianya memerlukan dia terbang ke Iran untuk perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia bagi mewakili Al Sadd.

Lawatan terakhir Xavi ke Iran adalah pada 2019 apabila Al Sadd bertemu Persepolis.

Masalahnya ialah pihak berkuasa AS menyekat kemasukan orang yang telah melawat Iran dalam tempoh lima tahun yang terakhir.

Ini tidak dapat dipisahkan daripada isu politik dan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Iran. Di mana kedua dua negara telah memutuskan hubungan diplomatik sejak 1980.

Hubungan kedua-dua negara berada dalam ketegangan yang tinggi sejak sekian lama. AS mengenakan embargo ke atas Iran, dan hubungan diplomatik AS-Iran tidak pernah bertambah baik sehingga kini.

Hubungan buruk antara AS dan Iran turut memberi kesan kepada permit masuk pelawat dari luar negara yang ingin memasuki negara Amerika Syarikat dan direkodkan datang ke Iran.

Xavi diminta untuk mengisi borang visa khas dan memberikan butiran tentang sebab kenapa dia mahu melawat Amerika Syarikat.

Ramai peminat kecewa dengan dasar tersebut. Kerana sebelum ini FIFA seringkali mengingatkan bahawa bola sepak harus dipisahkan daripada aspek politik.

Tetapi, oleh kerana ianya di luar kalendar FIFA, jelajah pra musim, tiada apa yang dapat dilakukan FIFA dalam soal ini.

Ianya lebih kepada terpulang kepada Amerika Syarikat untuk memberikan visa khas dengan lebih mudah kepada pengurus seperti Xavi yang terang terang datang atas alasan bola sepak.

Kau bayangkan kalau negara lain pula buat macam ni, melarang orang yang pernah masuk ke Isr**el ke negara mereka? Mesti Amerika Syarikat paling di depan kecoh.

Pihak berkuasa imigresen AS mengumumkan bahawa Xavi tidak boleh pergi bersama pasukannya.

Tugas Xavi Hernandez akan digantikan sementara oleh dua pembantunya, Sergio Alegre dan Oscar Hernandez.

Barcelona rancak membina pasukan dengan ramai muka baru.