Xavi Hernandez telah menyatakan bahawa pasukannya kesukaran untuk memasukkan bola ke gawang lawan mereka walaupun sudah mencipta banyak peluang.
Ianya mengingatkan kita kepada kata kata seorang lord di Malaysia yang menyebut: ‘Bola kalau tak nak masuk, buat la macamana pun tak akan masuk’.
Barca cipta rekod tak diingini
Barcelona menelan satu lagi kekalahan mereka musim ini. Lebih perit ianya hadir daripada pasukan kerdil Rayo Vallecano sekali lagi. Pasukan yang menyebabkan Ronald Koeman dipecat kerana sebelum ini kalah kepada pasukan yang sama.
Barcelona menjamu kunjungan Rayo Vallecano di Camp Nou. Namun hanya tujuh minit perlawanan Barca telah dibolosi oleh Alvaro Garcia.
Barcelona LOSE three straight home matches in the same season for the FIRST TIME EVER 🤯 pic.twitter.com/5R1YQszE5m
— ESPN FC (@ESPNFC) April 24, 2022
Selepas ketinggalan, Barca telah mendominasi permainan dan cuba menembusi pertahanan Rayo terutama pada separuh masa kedua.
Tetapi hasrat mereka mahu bangkit tidak kesampaian sehingga akhirnya terpaksa menelan satu lagi kekalahan.
Ini adalah kekalahan ketiga Barcelona di Camp Nou dalam semua pertandingan, selepas dibenam Eintracht Frankfurt dalam UEL dan Cadiz dalam La Liga.
Barcelona masih berada di tempat kedua dengan 63 mata, sama mata dengan Sevilla di tempat ketiga. Manakala Rayo naik ke tangga 11 dengan 40 mata.
Real Madrid semakin hampir juara
Kekalahan ini membolehkan Real Madrid kini hanya memerlukan 1 mata sahaja daripada baki 5 perlawanan, untuk mengesahkan kejuaraan La Liga mereka.
Real Madrid masih berpeluang untuk menamatkan musim ini dengan kejuaraan berganda La Liga dan UCL.
Di mana skuad bimbingan Ancelotti itu akan membuat perhitungan dengan Manchester City dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.
Xavi: Kami bermula dengan salah dan bola tak nak masuk pada separuh masa kedua
Selepas tamat perlawanan, Xavi mengkritik pasukannya yang gagal menunjukkan karakter mereka pada separuh masa pertama. Namun Xavi lega kerana pada separuh masa kedua mereka lebih ‘Barcelona’ berbanding 45 minit pertama.
Seterusnya Xavi menegaskan bahawa, bola tak nak masuk masuk walaupun mereka dah mencuba. Di mana Barcelona melakukan 18 percubaan sepanjang perlawanan dengan 5 on target.
Xavi berkata: “Kami gagal menunjukkan karakter sebenar kami pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua kami memperbaiki permainan kami.”
“Kami terus mencuba namun bola tak nak masuk pula. Kami patut mendapatkan keputusan lebih baik [daripada kekalahan ini].”
Xavi Hernández🗣: "We weren't ourselves in the first half. In the second half we improved, we tried and the ball did not want to go in. We deserved more." #BarcaRayo | #FCBlive pic.twitter.com/BiRxcScAkE
— Barçajet (@barcajet) April 24, 2022
“Kami tidak memulakan perlawawnan dengan intensiti, keinginan dan dorongan yang diperlukan permainan.”
“Kami tidak mampu melakukannya. Sebaliknya, pada separuh masa kedua kami bertindak balas, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol”, tambah jurulatih berkenaan pada sidang media selepas perlawanan.
Barcelona telah mengalami kemerosotan prestasi mereka selepas tersingkir dari Liga Europa. Xavi tidak menolak kekalahan itu sebagai salah satu faktor yang memberikan impak pada prestasi mereka.
“Kami teruja dengan kejuaraan dan kini berjuang untuk tempat kedua dalam kedudukan tidak begitu memotivasikan, tetapi kami perlu memotivasikan diri sendiri kerana tahun depan kami perlu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Xavi yang mahukan anak anak buahnya mengesahkan dahulu kedudukan 4 teratas untuk mara ke UCL.
Barca sebenarnya masih berpeluang cerah untuk mengesahkan slot ke UCL musim hadapan. Namun Xavi tetap risau prestasi sesama mereka akan mempengaruhi objektif utama mereka itu.
“Kesilapan-kesilapan ini tidak boleh diulang dan ia telah berlaku kepada kami lagi. Perlawanan menentang Cádiz dan hari ini adalah perlawanan yang perlu kami menangi, dan lebih-lebih lagi di tempat sendiri. ”
“Corak yang sama diulang seperti terhadap Cádiz. Mereka mendahului kami dan kami tidak dapat mengubahnya. Kita masuk ke dalam fasa penuh kekacauan.”
Sólo TRES entrenadores del Barça (con un mínimo de 25 partidos oficiales) tienen peor % de victorias que Xavi en los últimos 40 años:
53% XAVI (17 victorias en 32 partidos)
49% Rexach (37 en 76)
47% Serra Ferrer (24 en 51)
46% Luis Aragonés (23 en 50)🗒️ Koeman (39 en 67, 58%)
— MisterChip (Alexis) (@2010MisterChip) April 24, 2022