Xavi Hernandez tidak berselindung lagi untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan Joan Laporta memecatnya hanya kerana komennya beberapa minggu lalu.
Komen Xavi sebelum ini menyebut bahawa Barcelona tak akan mampu bersaing dengan Real Madrid pada musim akan datang kerana masalah kewangan yang melanda kelab itu.
Laporta marah dengan Xavi yang dilihat mengecam kewangan Barca dan seterusnya seolah olah memuji Real Madrid yang dilihat benar benar memiliki projek lebih stabil.
Xavi mengakui komen yang dia buat telah membuatkan dia hilang jawatan di Barca. Walaupun sebelum itu Laporta memujuknya untuk kekal setelah dia membuat keputusan meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini.
Laporta ketika itu menilai sukar untuk mencari pengurus yang bagus kerana Barca masih bergelut dengan masalah akaun FFP. Mengekalkan Xavi akan menjadi keputusan terbaik yang akan memberikan mereka penjimatan.
Namun selepas Xavi setuju untuk kekal, Xavi dipecat pula oleh Barca. Ianya kerana komen yang Xavi buat dianggap tidak profesional.
Xavi kecewa kerana menurutnya, Pengarah Sukan Barca, Deco turut menyuarakan perkara yang hampir sama dengannya. Namun kenapa kenyataan Deco itu dianggap tiada masalah, Sebaliknya apabila dia bersuara, terus mencetuskan gempa bumi, sama seperti biasa.
Xavi kemudian berkata: “Kenapa kenyataan daripada Deco beberapa bulan lalu tidak mengundang banyak masalah seperti mana yang saya hadapi? Ianya seperti sejak hari pertama. kata kata saya selalu menimbulkan gempa bumi.
“Saya sendiri pun tak mengerti kenapa? Saya ada perasaan bahawa apa yang saya lakukan dalam 2 setengah tahun ini, sentiasa jadi masalah kepada mereka. Saya menjadi sasaran.
🚨🎙️| Xavi: "Why didn't Deco's words from a few months ago generate as many problems as mine? It seems like from day one my words have generated an earthquake. I don't really know why." #fcblive 💣 pic.twitter.com/TWGqVPQZC9
— BarçaTimes (@BarcaTimes) May 26, 2024
“Saya tidak dapat bekerja dengan aman dan tenang. Kami meminta lebih kestabilan sebulan yang lalu. Inilah bola sepak. Inilah kehidupan. Ianya memalukan namun kita harus menerima sahaja.”
Xavi juga berpendapat bahawa apa yang dia lakukan dan capai di Barcelona tidak cukup dihargai.
“Saya rasa, kerja kerja saya tak cukup dihargai dalam situasi yang penuh pecah belah kami ada. Kami di kedudukan kesembilan pada hari saya tiba. Kami kemudian menamatkan saingan di tangga kedua. Dan musim ini kami tidak berada di kedudukan kami sepatutnya kerana 4 perlawanan penting.
“Saya fikir kami dah bergerak ke depan malangnya tidak. Saya sedih namun inilah tugas saya sekarang.”
Xavi meningatkan pengurus baharu yang akan datang bahawa mereka perlu tahu kesukaran dihadapi Barcelona. Dan ianya bukan tugas mudah.
“Alasannya, saya tegaskan, harus ada penjelasan oleh sesiapa sahaja yang membuat kenyataan ini. Sesiapa yang tiba di sini nanti, mereka harus tahu bahawa mereka akan dalam keadaan sukar. Dengan situasi kewangan tidak menentu. Ini tak akan jadi mudah sama sekali.
“Kita gagal dalam banyak perkara, kita seringkali mengkritik diri sindir. Sebagai jurulatih, pada aspek taktikal, kita harus meningkat dengan sebanyak yang boleh. Ini adalah pengalaman belajar dan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Namun jelas sekali kita gagal musim ini.”