Xavi Kerasukan Roh Drogba Ketika Dinafikan Penalti: “Disgrace, Disgrace!”

Xavi Hernandez dengan terbuka menyebut “Disgrace, disgrace” ataupun “memalukan, memalukan” di hadapan kamera.

Itu setelah satu penalti Barcelona dinafikan walaupun sudah disemak dengan VAR.

Ini adalah detik di mana Barcelona meminta penalti daripada pengadil ketika perlawanan pada kedudukan 3-3.

\

Xavi di tepi padang memberikan reaksi kepada VAR yang membatalkan pemberian penalti kepada Barcelona dengan berkata: “Disgrace, disgrace”

@flash.fit.sports

🚨🚨| Xavi was not happy with the overturning of the penalty. He turned to the camera and said: “It’s a DISGRACE, it’s a DISGRACE.” #laliga #barcelona #xavi #villarreal #barça #barca #futbolargentino #football #futbol #messi #lionelmessi

♬ original sound – FLASH FIT SPORTS

Sebelum itu Barcelona ketinggalan 2-0. Namun mereka bangkit  menjadikan kedudukan 3-2.

Villarreal kemudian menyamakan kedudukan menjadikannya 3-3.

Pada masa kecederaan Barcelona merasakan mereka berhak mendapat penalti. Di mana ianya boleh memberikan mereka peluang untuk mendahului 4-3.

Malangnya ia dinafikan. Dan Xavi benar benar bengang. Peminat mengingatkan detik itu kepada Drogba yang pernah mengamuk dengan perkataan disgrace.

Lebih pedih, pada minit akhir masa kecederaan, Villarreal menjaringkan 2 gol untuk menang 5-3.

Xavi yang sebelum ini menyatakan bahawa pengadil seringkali tidak berpihak kepada Barcelona dan selalu memihak kepada Real Madrid. Itu menyukarkan mereka untuk memenangi liga musim ini.

Minggu lalu Xavi berkata: “Kamu lihat sendiri kan [pengadil membantu Real Madrid]. Sangat sukar untuk Barcelona menang liga di sini, kerana ada perkara di luar kawalan kami.

“Sebelum ini kami kehilangan sekurang kurangnya 6 mata kerana kesilapan pengadil.”

Kenyataan itu dibidas RMTV yang menyatakan bahawa Xavi cakap tak serupa bikin. Kerana kelab yang disiasat atas kes membayar pengadil adalah Barcelona pada era Xavi masih bermain.

RMTV mengingatkan Xavi bahawa 600 perlawanan yang dia main untuk Barcelona dahulu, sedang disiasat pada ketika ini.