Xavi berkata dia mahu tugas di Barcelona dan menyasarkan Neymar dan Jadon Sancho dalam sensarai pemain yang ingin dibeli olehnya.
Xavi telah memberitahu visinya jika kembali ke Barcelona sebagai pengurus. 2 bulan sebelum itu, Xaxi telah menolak untuk kembali ke Nou Camp apabila ditawarkan menggantikan Ernesto Valverde.
Lagenda Barcelona ini mendedahkan dia mendapatkan Neymar, Jadon Sancho dan Serge Gnabry disamping itu tiada pemain yang boleh menjadi ‘racun’ dalam bilik persalinan.
Pada Januari lepas Barcelona telah menawarkan kontrak 2 tahun setengah kepada Xavi sebagai pengurus pasukan bagi menggantikan Valverde.
Bekas pemain berusia 39 tahun itu memilih untuk kekal bersama Qatari Al-Sadd, kelab dimana dia menamatkan kariernya sebagai pemain.
Barcelona selepas itu melantik Quique Setien.
Tetapi kini Xavi dikatakan telah bersedia mengambil alih pemerintahan kelab gergasi di La Liga itu.
Dalam temubual dengan sebuah akhbar di Sepanyol, La Vanguardia dia berkata mahu kembali ke Barcelona dan ia akan memberinya banyak kegembiraan.
“Sekarang saya melihat diri saya sebagai jurulatih, saya rasa saya boleh memberi sesuatu kepada pemain.”
“Tetapi menjelaskan kepada mereka yang mahu projek itu bermula dari kosong dan semua keputusan adalah di tangan saya.”
“Saya mahu berkerjasama dengan orang yang saya percayai, dengan orang yang setia bersama”
“Tidak boleh ada ‘toksid’ di sekitar bilik persalinan.”
Xavi terus memuji beberapa pemain Barcelona sekarang seperti Lionel Messi, Sergio Busquets dan Andre Ter Stegen. Menurutnya pemain ini masih lagi antara yang terbaik di dunia dalam peranannya.
Tetapi bekas pemenang Piala Dunia ini juga percaya kelab perlu membuat beberapa perubahan dan salah satunya membawa Neymar pulang ke Barcelona.
Pemain ini telah meninggalkan Barcelona pada 2017 menyertai Paris Saint Germain dengan rekod bayaran dunia.
Disamping itu juga Xavi mendedahkan rancangannya merampas percubaan Manchester United bagi mendapatkan bintang England Jadon Sancho.
“Saya akan menandatangi pemain sayap seperti Neymar. Saya tidak tahu sama ada dia layak dalam isu sosial.”
“Tetapi tiada keraguan ia akan menjadi pembelian terbaik.”
“Mereka hanya memerlukan pemain sayap seperti Bayern Munich. Mereka tidak memerlukan ramai pemain baru. Mungkin Jadon Sancho, Serge Gnabry…”
Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Xavi hanya bermain dengan 1 kelab di eropah iaitu Barcelona.
Tampil 767 perlawanan dalam semua pertandingandan menjaringakan 85 gol.
Sebelum bersara, Xavi menyertai Al Sadd Qatar Stars League. Bermain sebanyak 117 kali dengan 25 gol sepanjang 4 musim disana.
Bekas pemain ini juga meraih 8 kejuaraan La Liga, 3 Copa del Rey, 4 Supercopa de Espana, 4 Liga Juara Eropah, 2 Piala Super Eropah dan 2 Piala Dunia Kelab.
Kejuaraan tertinggi yang diraihnya adalah Piala Dunia 2010 dan Piala Eropah pada 2008 dan 2012.
Ketika bergelar sebagai jurulatih, Xavi telah memenangi kejuaraan Piala Super Qatar dan Piala Qatar pada musim lepas.