Xavi Mahukan Tren Alexander Arnold Untuk Lengkapkan Pasukan Impiannya

Barcelona kini menjadikanTrent Alexander-Arnold sebagai sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas 2023, menurut laporan Liverpool Echo.

Barca sedia menawarkan yuran perpindahan dalam lingkungan £67 juta untuk pemain Liverpool itu.

Sekarang, ia kelihatan sangat rendah memandangkan keadaan pasaran perpindahan dan profil Alexander-Arnold, yang dianggap sebagai salah seorang bek kanan terbaik dalam bola sepak dunia.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini sudah melanjutkan kontrak dengan Liverpool sehingga 2025 dan telah berada di kelab itu sepanjang kariernya selepas menamatkan graduasi dari akademi remaja.

Barca kini mempunyai pemain seperti Sergino Dest dan Sergi Roberto untuk bermain di posisi bek kanan.

Xavi mulai mengintai bakat superstar Liverpool itu untuk mengisi posisi itu untuk tahun-tahun akan datang. Barcelona sedang memantau perkembangan pemain tersebut.

Liverpool mempunyai sejarah menjual pemain penting kepada Barca, setelah menjual mereka Luis Suarez, Javier Mascherano dan Philippe Coutinho selama ini.

Namun terdapat satu klausa dalam kontrak Coutinho sebelum ini yang melarang Barcelona memancing mana mana pemain Liverpool dalam tempoh tertentu. Dan klausa itu sudah tidak ada lagi.

Dari sudut yang lain, buat masa ini, agar sukar untuk melihat  Alexander-Arnold meninggalkan Liverpool. Lagipun, dia antara pemain yang diletakkan dalam senarai ‘tidak boleh disentuh’ oleh Liverpool. Malah menjadi antara calon kapten masa depan untuk The Reds.

Tetapi itu adalah Barcelona! Kelab yang mampu menarik mana mana pemain menyertai mereka.

Xavi merasakan bahawa Trent Alexander Arnold akan melengkapkan serpihan puzzle dalam usaha mereka membentuk pasukan Super Team Barcelona seperti sebelum ini.

Dengan isyarat ini, ianya mungkin diharap akan membuatkan Trent Alexander Arnold akan mempertimbangkan sama ada dia akan terus melanjutkan kontrak di Anfield ataupun sebaliknya.

Trent Alexander-Arnold membuat penampilan sulung untuk The Reds pada tahun 2016 dan telah menjadi pemain utama kelab itu sejak itu. Di bawah Jurgen Klopp dia terus konsisten menjadi bek kanan utama.

Dia membuat 227 penampilan untuk Liverpool, memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala EFL, antaranya.

Baca yang lain