Xavi Hernandez meminta peminat berhenti mendakwa bahawa Ballon d’Or miliknya sudah dirampas. Pada eranya, Xavi antara pemain tengah terbaik dunia.
Dan ramai peminat percaya dia dan Iniesta berhak mendapat sekurang kurangnya 1 Ballon d’Or dalam karier mereka. Dan menganggap Xavi seringkali dirompak oleh Cristiano Ronaldo atau rakan baiknya sendiri Lionel Messi.
Ianya selepas 2 pemain itu melakukan duopoli luar biasa pada anugerah tersebut pada satu ketika dahulu. Lantas peminat menyatakan bahawa Ballon d’Or tidak adil dalam penilaian mereka yang hanya fokus kepada siapa lebih baik, Messi atau Ronaldo pada musim musim tersebut.
Bercakap kepada wartawan, Xavi menegaskan apabila dia berada di tangga ketika pada era Messi dan CR7, dia anggap itu kejayaan sangat besar. Hal ini kerana adalah mustahil untuk mengalahkan dua pemain itu pada era kegemilangan mereka.
Xavi menegaskan: “Saya sendiri tak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa saya adalah pemain lebih baik daripada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi, pemenang pada tahun tahun tersebut, tidak sama sekali.
“Saya pemain perancang tengah, namun orang macam saya tidak ada kemampuan untuk menentukan kemenangan untuk pasukan secara seorang diri. Mereka [Messi dan CR7] mampu.
“Saya berbangga mendapat tempat ketiga di belakang mereka.”
Xavi sudah tentunya maestro terbaik dalam sejarah Barcelona. Menjadi nadi penting kelab itu pada era kegemilangan era moden Barcelona.
Bukan itu sahaja, Xavi juga menjadi pemain penting pasukan kebangsaan negaranya yang menjadi juara Eropah dan juara dunia.