Xavi Nak Jual De Jong Kerana Tak Cukup Bagus Untuk Barca, Pemain Itu Kemudian Menyindirnya

Pengurus Barcelona Xavi telah bercakap dengan Frenkie De Jong mengenai kemungkinan pemain itu terpaksa dijual pada musim panas ini kerana keadaan kewangan kelab Sepanyol musim panas ini, menurut laporan baharu.

Berita telah muncul bahawa Xavi telah bercakap dengan De Jong tentang kenapa kelab mahu menjualnya ketika Manchester United sedang menunggu pemain tengah itu memberikan keputusan YA kepada mereka.

Erik Ten Hag sangat berminat untuk menjadikan De Jong sebahagian penting dalam pembinaan semula United pada musim panas ini.

Barcelona turut melihat ini adalah peluang untuk mereka menjual De Jong dengan harga tinggi.

Malangnya, De Jong tidak berminat dengan tawaran itu dan menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Barcelona kerana dia sayangkan kelab itu yang merupakan kelab impiannya dari kecil.

Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, De Jong berkata: “Saya memilih untuk terus kekal di Barca. Saya dah kata kan sebelum ni kan? Barcelona adalah kelab impian saya.”

Ditanya tentang sama ada kelab lain ada membida atau menghubunginya, De Jong berkata: “Kontak dengan kelab lain? Saya tak nak lah bersama tentang khabar angin lagi. Saya selesa di Barcelona.”

“Selagi lagi tiada persetujuan dicapai maka tiada yang rasmi.”

Barcelona dilaporkan berdepan masalah kewangan yang kritikal sekali lagi. Walaupun mereka sudah cuba sedaya upaya menyusun atur semula perbelanjaan kelab.

Barcelona berdepan risiko gagal mendaftarkan beberapa pemain bintang mereka. De Jong berkata:

“Kelab tak beritahu saya apa apa pun? Mereka tak ada mencadangkan apa apa kepada saya.”

Sumber yang sama juga mendakwa bahawa Manchester United masih sesuai upaya cuba memastikan perpindahan De Jong ini dapat direalisasikan.

Ini kerana Man United mahu membuktikan kepada pengurus baharu Erik Ten Hag bahawa mereka serius mahu membantu pengurus itu membina pasukan kuat mengikut kehendaknya.

Ten Hag sangat mahukan De Jong pernah menjadi nadi pasukannya ketika di Ajax sebelum dijual ke Barcelona.

Ten Hag perlu menguatkan bahagian tengah pasukannya. Ini kerana Manchester United sudah kehilangan Nemanja Matic dan juga Pogba yang tak ada tanda tanda dia akan terus bersama United musim hadapan.

De Jong mengakui dia ada mendengar berita tersebut menerusi laporan media. Tetapi dia tidak menganggap ianya perkara yang sahih kerana tiada perkara yang rasmi setakat ini.

Xavi: BOD Barcelona kritik De Jong

Onze TV melaporkan bahawa, Xavi menyatakan kepada De Jong, selain daripada faktor ekonomi, Barcelona juga mahu menjual De Jong kerana BOD kelab tidak gembira dengan prestasi pemain itu yang dianggap tidak mencapai standard yang mereka mahukan sejak menyertai kelab itu dari Ajax.

Dalam erti kata lain, Xavi mahu De Jong sendiri sedar bahawa dia tidak cukup bagus untuk Barcelona.

Menurut laporan baru dari Onze Tv, “Xavi bercakap dengan Frenkie de Jong dan menjelaskan bahawa kemungkinan pemergiannya akan ditentukan oleh keadaan ekonomi. Dia juga menjelaskan bahawa lembaga pengarah Barcelona tidak begitu gembira dengan prestasi pemain itu.”

Pertemuan tersebut pastinya memberikan kesan kepada keputusan De Jong untuk kekal. Kerana pemain itu pastinya tidak menyangka bahawa Xavi akan menggunakan alasan bahawa dia tidak cukup bagus untuk Barcelona.

Selepas beraksi cemerlang dalam aksi UNL membelasah Belgium 4-1, De Jong seolah olah menyindir Xavi dan BOD Barcelona yang menuduhnya tidak cukup bagus.

Dia memuji taktikal Louis Van Gaal yang memberikannya lebih banyak ruang menerima bola.

Ia jelas sekali kenyataan yang pasti tidak akan menggembirakan Xavi.

De Jong berkata: “Di sini, dalam pasukan kebangsaan, saya bermain posisi yang lebih sesuai dengan saya.”

“Saya mahu menjadi pemain yang pertama menerima bola daripada pertahanan.”

De Jong memaksudkan bahawa dia mahukan peranan sebagai pivot utama pasukan. Di Barcelona peranan itu masih milih Busquets.