Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.

Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai persetujuan dengan kelab bahawa dia akan meninggalkan jawatannya. Ianya berikutan beberapa keputusan tidak memuaskan dicapai di atas padang pada masa itu.

Namun kini sudah ada ramai pihak merasakan Xavi harus terus kekal di Barcelona. Hal ini kerana dia sedang menunjukkan peningkatan bersama dengan pasukannya.

Selain itu Barca akan bergelut untuk mencari penggantinya memandangkan kelab itu berdepan dengan sekatan oleh FFP.

Lantas, Xavi dianggap calon terbaik untuk terus kekal sahaja di Barca. Baru baru ini skuad Xavi menang pada aksi pertama suku akhir UCL di Paris menentang PSG.

Ianya membuatkan reputasi Xavi semakin baik.

Namun pengurus itu berkata, keputusan dia meninggalkan Barca pada akhir musim ini adalah muktamad.

Xavi berkata: “Keputusan saya untuk meninggalkan kelab ini pada akhir musim ini adalah tidak berubah.

“Saya sudah membuat keputusan yang tepat. Keputusan itu memberikan ketenangan kepada kelab kepada pemain, termasuk wartawan sendiri, dan untuk saya ianya ketenangan suasana.

“Namun saya tidak akan mengubah keputusan saya.”

Xavi Hernandez berpeluang menamatkan musim ini dengan luar biasa jika Barcelona berjaya menamatkan musim sebagai juara Eropah sekali lagi.

Baca yang lain