Xavi Pecat Pegawai Medikal Dan Kecergasan Kerana Tak Cekap

Baru sahaja 2 hari di kelab, Xavi sudah memecat ketua perubatan Barcelona, penganalisis, serta jurulatih kecergasan fizikal kelab.

Xavi dilantik menjadi pengurus Barca, menggantikan Ronald Koeman yang dipecat.

Dan beliau sudah mula mengambil langkah drastik. Bermula daripada memperkenalkan peraturan baharu untuk mengawal disiplin pemain, kini Xavi dikatakan mahu ‘mencuci’ organisasi pengurusan teknikal dan kejurulatihan.

Ramon Canal, yang merupakan ketua perubatan di Barca menjadi nama yang pertama dipecat bersama dengan beberapa lagi pegawai lain.

Laporan oleh Moises Lloresn dari ESPN melaporkan bahawa ketiga tiga pegawai tersebut masih akan kekal di kelab buat sementara waktu, namun tidak ada akan ada akses kepada jawatan mereka sebelum ini.

Xavi dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi pegawai perubatan serta jurulatih kecergasan yang dilihat gagal membantu kelab dalam mengurangkan kecederaan pemain.

Ramai pemain Barcelona berdepan masalah kecergasan dan kecederaan yang berterusan.

Xavi dijangkan akan melantik staf yang beliau bawa sendiri ketika mengendalikan Al Sadd sebelum ini. Namun masih menunggu persetujuan kelab.

Xavi menganggap staf staf ini sebagai orang yang beliau percaya dan yakini.

Ketika ini, Barca berdepan dengan masalah kecederaan yang kritikal. Sekurang kurangnya 10 pemain dalam senarai kecederaan dan berjaga jaga.

Xavi percaya masalah ini adalah kerana ketidakcekapan pegawai perubatan dan kecergasan kelab.

Ousmane Dembele misalnya, pemain tersebut berterusan gagal untuk cergas dan pulih sebaiknya. Baru sahaja sekali beraksi sebaik sahaja kembali daripada rehat panjang, Dembele sudah disahkan cedera sekali lagi.

Seterusnya ialah Ansu Fati. Pemain yang sudah mengalami beberapa siri kecederaan sejak bermain dalam pasukan utama. Trend itu sangat merisaukan Xavi. Dan beliau merasakan, sesuatu harus dilakukan untuk memperbaiki aspek tersebut.

Isu kecergasan amat dipandang serius oleh Xavi. Ditambah lagi dengan squad depth Barca yang tidak sebesar dahulu. Ini kerana mereka banyak bergantung kepada pemain pemain muda.