Xavi: “Peminat Barca Sentiasa Gembira Kalahkan Real Madrid Walaupun Sekadar Pra Musim”

Jurulatih Barcelona Xavi gembira dan berpuas hati selepas berjaya menang 3-0 ke atas Real Madrid di Dallas.

Kemanangan itu selepas mereka kalah teruk di tangan Arsenal sebelum. El Clasico di Amerika Syarikat itu menjadi saksi bahawa Barcelona benar benar bersedia untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka sekali lagi.

Ousmane Dembele membuka tirai jaringan untuk Barca, dengan Fermin Lopez dan Ferran Torres turut menjaringkan gol lewat perlawanan.

Vini Jr gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Real Madrid.

Dalam aksi antara kedua dua pasukan juga tidak terlepas daripada aksi panas di atas padang. Nama pun el clasico.

Namun begitu Xavi tidak mahu pemain pemainnya leka dengan pujian yang mereka terima.

“Sekarang kami akan menjadi yang terbaik dan pada hari yang lain kami adalah bencana,” kata Xavi.

“Begitulah kami sebagai Culés dan persekitaran (di sekeliling pasukan).”

“Kami telah melakukan banyak perkara dengan baik, tetapi kami juga telah membuat banyak kesilapan yang perlu kami perbetulkan.”

“Jelas sekali, keputusannya adalah menakjubkan, tetapi pada peringkat musim ini ia adalah tahap kedua. Perkara penting sekarang ialah untuk terus bertambah baik.”

“Kami mempunyai beberapa detik yang sangat baik, tetapi kami perlu mempunyai lebih banyak lagi. Kami perlu cuba untuk tidak kehilangan bola bodoh.”

Seterusnya Xavi menegaskan bahawa, dalam jiwa peminat Barcelona, mereka akan sentiasa gembira apabila menewaskan Real Madrid walaupun dalam aksi pra musim sekalipun.

“Saya faham bahawa kemenangan menentang Real Madrid sentiasa membuatkan penyokong berpuas hati.”

Oriol Romeu mempamerkan penampilan yang mengagumkan pada penampilan pertama untuk Barca.

Xavi menambah: “Dia adalah pemain yang hebat. Dia adalah pemain yang sangat matang yang memenangi pertarungan dan merupakan pemimpin di atas padang.”