Xavi Salahkan Media Punca Pemain Barca Tak ‘Perform’

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez telah membuat kenyataan mengejutkan apabila dia menyalahkan media sebagai punca prestasi Barcelona terumbang ambing sejak akhir akhir ini.

Menurut Xavi, pemain pemain Barca terkesan dengan cerita cerita negatif yang ditulis media tentang mereka terutama sekali kritikan yang liar ke atas mereka.

Ianya telah mengguris hati para pemain dan akhirnya memberikan kesan kepada prestasi mereka di atas padang.

Barcelona menang ke atas Alaves pada Ahad lalu. Namun mereka berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1. Robert Lewandowski akhirnya mengakhiri kemarau gol beliau.

Xavi berkata: “Saya tiada keraguan langsung bahawa kritikan daripada media memberikan kesan kepada pasukan saya. Ianya berlaku ketika saya bergelar pemain dahulu dan kini berlaku pada pemain pemain saya.”

“Ada gelombang negativiti yang sangat kuat di sekitar pasukan ini yang memudaratkan kami. Kritikan tidak menjejaskan saya, tetapi menjejaskan para pemain saya. Saya boleh nampak pada raut wajah mereka.”

Barcelona kini kini 4 mata di tangga ketiga namun hanya dibezakan 4 mata daripada pendahulu liga, Girona.

Robert Lewandowski mencetak dua gol menentang Alaves, menamatkan kemarau gol sebanyak 6 perlawanan. Lewandowski agak bergelut dengan prestasi setelah dia kembali daripada kecederaan.

Xavi percaya gol menentang Alaves akan meningkatkan semula keyakinan pemain itu. Dengan harapan pemain itu akan meneruskan kecemerlangan di hadapan gol seperti biasa.

Barcelona dalam misi mempertahankan kejuaraan La Liga yang mereka menangi pada musim lalu.