Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun.

Sebelum itu Xavi sudah menyatakan bahawa dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini. Walaupun hatinya berat untuk berbuat demikian.

Idea Xavi kekal di Barca mulai dibangkitkan semula setelah Barca cemerlang di Paris dengan kemenangan 1-2 ke atas PSG.

Namun selepas itu Barca kalah 1-4 di tempat sendiri dan tersingkir daripada UCL.

Dan selepas itu Barcelona kalah pula di tangan Real Madrid dalam aksi el clasico. Yang membuatkan musuh mereka itu benar benar hampir dengan kejuaraan musim ini.

Kini Xavi Hernandez sedia membuat u turn dan sedia untuk kekal di Barcelona jika diperlukan oleh kelab itu lagi – menurut laporan oleh Mundo Deportivo.

Banyak faktor yang akan mendorong kepada idea Xavi untuk kekal. Pertamanya, kelab berdepan kekangan dari segi ekonomi untuk menandatangani pengurus berkelas dunia.

Joan Laporta ada menyenaraikan beberapa calon untuk pengurus baharu. Namun ternyata ianya menelan kos yang besar.

Seterusnya, prestasi pemain pemain muda yang cemerlang di bawah Xavi sejak beberapa bulan terakhir ini juga membuatkan kelab gembira.

Nama seperti Lamine Yamal, Pau Cubarsi antara permata yang bersinar setelah nama nama seperti Pedri dan Gavi sebelum ini.

Xavi yang sebelum ini menyatakan bahawa dia sudah nekad meninggalkan Barcelona, kini kata dua dengan idea dia akan terus kekal. Hal ini kerana dia benar benar disayangi pemain pemain muda Barca.

Seterusnya, Xavi juga pasti gembira dengan kepulangan semula ke Nou Camp selepas ini.

Menurut laporan yang sama, Xavi sudah sedia untuk berbincang dengan pengurusan tertinggi Barca tentang idea untuk kekal. Dan ini akan membawa kepada perbincangan tentang hala tuju musim hadapan dan berikutnya.

Pengarah Sukan Barcelona, Deco dan Joan Laporta antara dua individu yang sentiasa menyokong Xavi.

Namun Deco mahu Xavi memberikan jaminan bahawa dia yakin bahawa dia mampu untuk menguatkan lagi pasukan Barcelona yang sedia ada. Dengan memahami beberapa kesulitan dihadapi Barcelona.

Sebelum ini bekas bintang Barca, Ivan Rakitic pernah menyatakan: “Tiada orang yang lebih kenal Barcelona daripada Xavi.”

Seterusnya Thierry Henry menegaskan bahawa Xavi adalah pengurus yang bagus, cuma berada di dalam keadaan yang sukar. Itupun dia masih mampu membantu Barca menjuarai liga.

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi