Xavi Simons Tidak Yakin Projek PSG Selepas Era Mbappe, Mahu Terus Kekal Di Leipzig

Xavi Simons sudah menyatakan bahawa dia tidak mahu pulang semula ke PSG selepas tamat musim ini.

Xavi Simons mahu terus kekal di RB Leipzig sama ada dijual secara tetap atau satu lagi tempoh pinjaman.

Xavi Simons dilaporkan tidak yakin dengan projek di PSG. Terutama sekali pasca Kylian Mbappe.

Leipzig sedang berunding dengan PSG untuk perpindahan tetap pemain itu. Namun PSG masih belum menetapkan sebarang harga.

Hal ini kerana PSG mahu pemain itu terus kekal bersama mereka. Xavi Simons sebelum ini meninggalkan Barcelona dengan cara kontroversi ketika masih di akademi untuk menyertai PSG.

Xavi Simons dianggap telah sengaja menangguhkan lanjutan kontraknya di Barca. Dan akhirnya dia menjadi ejen bebas lalu menyertai PSG yang menawarkannya gaji €1 juta semusim ketika masih remaja.

Namun di PSG dia tidak gembira kerana kurang diberikan peluang untuk bermain.  Dia kemudian dijual PSV Eindhoven dan cemerlang di sana. Beraksi 34 perlawanan dan mencetak 19 gol.

Kembali semula ke PSG setelah kelab Paris itu mengaktifkan klausa beli balik €6 juta.

Walaubagaimanapun, Xavi Simons tidak mendapat jaminan untuk menjadi pemain utama. Membuatkan dia menerima perpindahan secara pinjaman ke RB Leipzig.

Kini dia mahu terus kekal di kelab Jerman itu. Leipzig sebenarnya sedar ada banyak lagi kelab lain berminat dengan pemain muda itu.

Jadi Leipzig berharap PSG akan menjual pemain itu kepada mereka segera sebelum kelab lain mewujudkan perang bidaan.

Pemain tengah Belanda itu menjadi antara bakat yang dianggap prospek masa depan.