Xavi Hernandez menyatakan bahawa agak sukar untuk pasukannya menjuarai La Liga musim ini kerana ada perkara yang di luar kawalan mereka.
Xavi menyindir mutu pengadilan di antara Real Madrid dan Almeria. Di mana menurut Xavi, Real Madrid sekali lagi dibantu pengadil musim ini.
Sedangkan Barcelona menurut Xavi lagi telah kehilangan sekurang kurangnya enam mata musim ini kerana kesilapan pengadil.
Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menewaskan pasukan di tangga tercorot, Almeria 3-2 untuk mengekalkan kedudukan di puncak liga.
Kem Almeria mengamuk ketika VAR beberapa kali memihak Real Madrid. Dan mereka turut meroyan ketika pengadil memberikan penalti kepada Real Madrid yang disempurnakan Jude Bellingham bagi menjadikan kedudukan 2-1.
Pengurus Almeria, Gaizka Garitano, dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. Dia selepas tamat perlawanan berkata: “Ini bukanlah perkara baru untuk saya dan bukan pertama kali berlaku kepada saya.”
Xavi ternyata mengikuti perkembangan perlawanan tersebut. Dan dia menyatakan kritikannya ke atas mutu pengadilan di Sepanyol yang teruk.
Xavi menjelaskan: “Saya dah cakap dan masa lawan Getafe hari tu, sangat sukar kalau nak menang liga di sini.
“Ada orang dah lupa, rasanya kami kehilangan 6 mata atau lebih [kerana mutu pengadilan] dalam liga ini. Saya masih ingat penalti di Coliseum ke atas Raphinha, gol Joao Felix di Granada…
“Tapi itu semua bukan alasan, itu adalah realiti, ada perkara yang kita sukar nak kawal. Semua orang tengok sendiri kan apa yang berlaku hari ini.
Bintang Almeria, Gonzalo Melero menganggap kemenangan pasukannya dirompak oleh pengadil.
“Jelas sekali, mereka [Madrid] dah tak ada cara lagi untuk bangkit dalam perlawanan ini,” tegas Melero yang bengang.
Walaubagainamapun, Carlo Ancleotti menganggap Almeria terlalu emosi kerana melepaskan gol atas kesilapan sendiri. Sedangkan pengadil membuat semua keputusan yang tepat.
“Saya faham Almeria bengang dengan keputusan pengadil, tetapi saya lihat kesemua keputusan pengadil adalah tepat.
“Saya dah ulang tengok balik insiden itu, dan pengadil membuat keputusan tepat dalam semua. Bukan VAR yang buat keputusan. VAR cuma menasihati dan pengadil yang akan membuat keputusan. Saya rasa pengadil tepat.”