Xavi Sindir Taktikal Kasar Arsenal: “Kami Main Friendly, Diorang Ibarat Main Kat UCL”

Barcelona tewas 3-5 dalam aksi persahabatan pra musim menentang Arsenal. Pengurus Barca, Xavi ternyata kurang gembira dengan aksi terlalu agresif The Gunners dalam perlawanan ini.

Menurut Xavi, intensiti yang digunakan Arsenal adalah tidak normal untuk sebuah perlawanan persahabatan.

Bertempat di Stadium SoFi, Barcelona bermain aksi pra musim pertama mereka selepas aksi menentang Juventus dibatalkan kerana ada beberapa pemain Barca yang mengalami serangan virus.

Xavi menuduh Arsenal bermain agresif dan kasar. Dia terkejut dengan cara tersebut yang menurutnya tidak sesuai untuk aksi persahabatan.

Xavi turut mengakui, Arsenal dalam kondisi kecergasan dan tahap fizikal lebih baik. Kerana sudah bermain beberapa perlawanan, sementara Barcelona baru sahaja bermain satu perlawanan.

Xavi menggariskan, perlawanan ini lebih kepada untuk penyokong berbanding untuk jurulatih menilai pemain. Kerana Arsenal terlalu agresif

Sebagai contoh, Arsenal melakukan 22 foul dan Barcelona cuma 12.

Xavi berkata: “Perlawanan ini bagus untuk penyokong namun tidak begitu bagus untuk jurulatih.”

“Prestasi kami turun naik. Kamu boleh lihat Arsenal lebih intensif berbanding kami. Pertahanan kami agak berlembut dengan lawan.”

“Ada perkara positif dan negatif juga daripada perlawanan ini. Saya beritahu Mikel selepas tamat perlawanan, mereka bermain seolah olah ini perlawanan Liga Juara Juara Eropah, berdasarkan intensiti yang mereka letakkan. Sedangkan kami baru sahaja bermain aksi persahabatan pertama kami.”

“Ianya tidak normal untuk sebuah perlawanan persahabatan. Namun saya faham, semua orang nakkan kemenangan. Bagi kami, ini perlawanan persahabatan pertama kami dan kami menuju perlawanan ini selepas beberapa pemain sakit.”

Ditanya sama ada pendekatan Arsenal mengejutkannya. Xavi berkata: “Bukan kami namun Arsenal, ya! Tidak normal sama sekali untuk bermain aksi persahabatan dengan intensiti sebegitu, turut membuat tactical foul.”

“Semua orang nak bersaing, tetapi ini kan aksi persahabatan. Mereka bermain dengan tahap intensiti yang lain.”

“Kami ambil serius perlawanan ini, namun sebab utama kami kalah adalah kegagalan dalam rentak dan ketajaman.”

Walaupun membidas pendekatan Arteta, Xavi tetap memberikan penghargaan ke atas pengurus Arsenal itu. Dia akui kagum dengan kerja Arteta di Arsenal.

“Kami ada karier yang hampir sama. Kami masih kanak kanak ketika bermain bersama sama di Barca. Saya doakan dia yang terbaik dan saya sangat menghormati beliau.”

“Arsenal berhak menang. Kepantasan, tahap kecergasan adalah perbezaan paling ketara. Dengan bola kami bagus, namun ketika bertahan kami teruk.”

Baca yang lain