Xavi Tak Nak Jual Aubameyang Ke Chelsea Dan Minta Sekurang Kurangnya €30 Juta

Perpindahan Pierre-Emerick Aubameyang ke Chelsea sebelum ini dianggap realisitik dan bakal berlaku. Dengan Barcelona dikatakan sedia menjual pemain itu jika kena pada harganya.

Namun dalam sekelip mata, rundingan itu mulai dianggap sukar untuk direalisasikan. Terdapat beberapa halangan yang menghalang perpindahan Aubameyang ke Stamford Bridge.

Khabar angin mengenai perpindahan Aubameyang telah timbul sejak minggu lalu. The Blues sememangnya sedang mencari penyerang baru dan nama Aubameyang muncul dalam radar carian mereka. Pada masa yang sama Barcelona boleh mendapat manfaat dari segi bil gaji pemain dan juga dana masuk.

Ini ditambah dengan kehadiran Robert Lewandowski sebagai pemain no.9 untuk pasukan Barcelona.

Manchester United juga dikatakan antara pasukan yang mempertimbangkan untuk mendapatkan Pierre Emerick Aubameyang.

Kualiti Aubameyang tidak boleh dipertikaikan. Walaupun dianggap sudah ‘habis’, Aubameyang boleh membuktikan kualiti dirinya di Barcelona pada separuh kedua musim 2021/22.

Kini, Barca mempunyai lebihan pemain di posisi penyerang dan Aubameyang dilihat antara pemain yang mungkin akan dijual.

Chelsea mungkin berminat untuk mendapatkan Aubameyang, tetapi itu tidak bermakna perkara itu mudah untuk Blues. Menurut laporan baru-baru ini, Barca telah mengenakan Aubameyang agak tinggi, sekitar €30 juta.

Barca nampaknya mahu mengambil kesempatan daripada keperluan Chelsea dengan menetapkan harga tertinggi untuk Aubameyang. Bagi Chelsea, angka itu masih terlalu tinggi.

The Blues hanya meletakkan Aubameyang tidak lebih daripada €20 juta. Lebih-lebih lagi, penyerang Gabon itu sudah berusia 33 tahun.

Perbincangan Chelsea dan Barca telah berlangsung kira-kira beberapa minggu untuk perpindahan Marcos Alonso. Dengan Chelsea berharap mereka akan dapat menggunakan Alonso sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan Aubameyang.

Isu perpindahan Aubameyang bukan sahaja mengenai harga jualan. Khabarnya, Auba sendiri tidak begitu pasti untuk kembali ke England dan bermain untuk Chelsea.

Auba setakat ini dikatakan lebih memilih untuk terus kekal di Barcelona dan tidak kisah untuk menjadi penyerang sandaran untuk Robert Lewandowski.

Selain itu, Xavi juga dilaporkan sudah membuat keputusan bahawa dia mahu Aubameyang kekal, jika pemain itu gembira dengan kedudukannya sekarang. Xavi berpendapat bahawa Auba akan tetap penting untuk Barca musim ini terutama sekali kualiti pemin itu di hadapan gol.

Lewandowkski memang akan menjadi pilihan pertama, tetapi memiliki pemain seperti Aubameyang pastinya akan memudahkan kerja Xavi.

Chelsea benar benar terdesak mahu mencari penyerang baharu sebelum jendela perpindahan ditutup. Mereka kehilangan Romelu Lukaku yang merengek mahu kembali ke Inter Milan.

Dan minggu lalu mereka kehilangan Timo Werner yang kembali semula ke RB Leipzig.

Baca yang lain