Xavi Terluka Dembele Mahu Tinggalkan Barca Selepas Kelab Itu Menjaganya

Xavi Hernandez tidak dapat menahan rasa kecewanya dengan Ousmane Dembele.

Sebelum ini terdapat desas desus bahawa Dembele mahu berpindah ke PSG. Dengan kelab dari Paris itu sudah menyatakan niat mereka untuk membeli pemain itu.

Lebih menarik apabila page rasmi Barca turut membayangkan bahawa pemain itu sedang dalam proses ke PSG.

Sehingga ada yang bertanya, ini page rasmi Barca ke?

Dembele sudah berjumpa dengan Xavi menyatakan dia mahu berpindah.

Xavi berkata: “Ousmane Dembele memberitahu kami bahawa dia mahu pergi menyertai PSG. Kami tak dapat bersaing dengan PSG. Kerana bidaan mereka besar dan melampaui nilai pasaran ini. Dembele sudah bercakap dengan Luis Enrique dan Al Khelaifi.”

“Ianya menyakitkan saya kerana kami menjaganya, dan membuatkan dia gembira di sini. Namun kami tak mampu bersaing. Dia sedang menuju pintu keluar.”

Xavi tidak jelas dengan sebab apa sebenarnya pemain itu mahu pergi. Kerana dia menyatakan dia gembira di Barcelona.

Mungkin ada sebab peribadi yang hanya Dembele sahaja tahu, menurut pengurus itu.

“Saya bertanya sendiri kepada Dembele, alasan sebenar di sebalik pilihan dia mahu menyertai PSG, dia gembira di sini, dia tidak menjawab dengan jelas. Mungkin ada alasan peribadi dia berbuat begitu.”

Sebelum ini Barca pernah mendesak Dembele untuk berpindah. Namun pemain itu enggan. Tetapi Barca menyatakan jika dia mahu terus kekal dia harus menerima pemotongan gaji.

Dembele awalnya tidak mahu dipotong gaji.

Dembele kemudian membayangkan dia tak akan melanjutkan kontrak baharu. Kenyataan itu membuatkan Lembaga Pengarah Barca marah menuduh dia tak mengenang budi.

Dengan mengambil kira kerugian ditanggung Barca sejak pemain itu menyertai mereka – Dembele banyak berehat di bilik rawatan.

Dan kemudian selepas Xavi gagal mendapatkan beberapa pemain sasarannya, dia memutuskan untuk menggunakan Dembele dalam sistem serangannya.

Dan ianya sangat menjadi. Membuatkan Dembele kembali gembira. Pemain itu akhirnya setuju melanjutkan kontrak dengan pengurangan gaji.

Selepas Xavi membangkitkan Dembele kembali ke prestasinya yang baik, kini dia mahu menyertai PSG.

PSG sudah lama mahukan Dembele terutama sekali selepas Mbappe mencadangkan kelab itu mendapatkan rakan baiknya itu. Namun hasrat itu dihalang oleh Xavi yang tidak mahu menjual pemain itu.

Xavi mengakui kehilangan Dembele selepas ini akan membuatkan mereka terpaksa mencari penggantinya di pasaran perpindahan.

Barcelona perlu menguatkan barisan serangan mereka dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan liga Sepanyol.