Xavi Tidak Pernah Mahukan Joao Felix Kerana Dia Malas Bertahan

Barcelona dilaporkan hampir pasti memeterai perjanjian mendapatkan Joao Felix secara pinjaman dari Atletico Madrid.

Bulan lalu, pemain itu menimbulkan kemarahan peminat dan kelab Atletico selepas mengeluarkan komen dia sudah lama berimpian untuk bermain dengan Barcelona sejak dari kecil.

Joao Felix sudah lama tidak sehaluan dengan Diego Simeone. Sebelum dia menyertai Chelsea secara pinjaman lagi dia pernah mengutuk taktikal pengurus itu sebagai tidak bagus kerana terlalu defensif.

Felix pada masa itu kerap mempersoalkan kenapa dia tidak berada dalam kesebelasan utama.

Sebelum berpindah ke Chelsea secara pinjaman dia sempat melanjutkan kontrak sehingga 2027 dengan Atletico.

Itu telah menutup pintu untuk dirinya sendiri dalam usaha dia mahu menyertai Chelsea secara tetap. Kerana Atletico meminta tambahan €90 juta lagi untuk pemain yang sudah dibayar €11 juta oleh Chelsea secara pinjaman.

Sejak berpindah ke Atletico dengan nilai €120 juta, Felix masih tidak pernah benar benar membuktikan bahawa dia adalah pemain bernilai setinggi itu.

Kepulangan dia dari Chelsea secara pinjaman juga terus mencetuksna kontroversi apabila dia menyatakan dia mahu berpindah dan tidak mahu bermain di bawah Simeone.

Simeone pada masa yang sama tidak mahukan pemain itu malah memberikan no.7 kepada Antoine Griezmann.

Pemain Perancis itu sebelum ini meninggalkan no.7 tersebut dan diambil oleh Felix yang mengisi tempatnya.

Kini Griezmann telah berjaya mendapatkan semula nombor tersebut.

Barcelona kini berminat untuk mendapatkan Joao Felix. Dan sudah ada rundingan untuk membawa pemain itu ke Nou Camp secara pinjaman.

Xavi pula dikatakan tidak pernah berminat untuk meletakkan Joao Felix dalam senarai pemain sasarannya kerana pemain itu malas bertahan.

Xavi mahukan pemain yang rajin turun naik dan bertahan secara berpasukan.

Namun Barcelona berharap Xavi mempertimbangkan untuk menyerapkan Felix dalam pasukannya. Kerana pengurus itu meminta kelab mendapatkan seorang lagi penyerang untuk pasukannya.

Ini ditambah dengan berita bahawa Ansu Fati sudah mulai menyatakan dia mahu pindah dari Barca kerana tidak bermain dalam kesebelasan utama dalam aksi menentang Getafe.

Joao Felix adalah pemain  pilihan Joan Laporta. Sedangkan Xavi dikatakan masih menunggu bek kanan sebagai keutamaan untuk dibawa masuk.

 

Baca yang lain