Xavi Hernandez mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini berikutan satu lagi siri kekalahan yang memalukan.
Barcelona kalah 2-5 di hadapan penyokong mereka sendiri di tangan Villarreal. Kekalahan yang menyebabkan mereka kini berada 11 mata di belakang pendahulu liga Real Madrid.
Xavi berkata: “Saya akan tinggalkan Barcelona pada Jun. Kami sudah mencapai satu tahap di mana kami harus meneruskan sahaja apa yang telah kami usahakan. Jadi, kini sudah tiba masanya untuk membuat perubahan.
“Sebagai seorang Cule [peminat Barcelona], saya rasa itulah masa untuk saya pergi.
“Saya sudah bercakap dengan lembaga pengarah dan kelab hari ini. Saya akan meninggalkan kelab ini pada 30 Jun.”
🚨 Xavi: “I will leave Barcelona in June”.
“We have reached a point of no return. It's time for change. As a Culé, I think that it's time to leave”.
“I spoke with the board and the club today. I will leave on the 30th of June”. pic.twitter.com/PiT9gZItRQ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2024
Beberapa minggu lalu, Xavi menyatakan bahawa dia sendiri akan melepaskan jawatannya kita tersasar daripada matlamat kelab itu musim ini.
Di mana Xavi percaya projek di Barcelona sedang berjalan dengan sebaiknya dengan pemain pemain muda mereka.
Xavi sebelum ini mendapat tekanan setelah terlepas Piala Super Sepanyol dan kemudian disingkirkan pula daripada Copa Del Rey.
Xavi menegaskan: “Jika pada akhir musim ini, kami tidak berada di tahap kompetitif, maka saya harus pergi.
“Saya tahu di mana saya berada, di kelab berkelas dunia. Di sini, di Barca, kamu harus memenangi trofi atau kamu dalam bahaya.
“Saya yakin bahawa projek di sini ada potensi terbaik dengan pemain pemain muda terbaik.”
🚨🔵🔴 Xavi: “If at the end of the season we are not at a competitive level… I will have to leave”.
“I know where I am, it’s a top club. Here at Barça you need to win titles or you will be at risk”.
“I’m convinced the project here has top potential with top young players”. pic.twitter.com/vVySrdga0r
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 24, 2024
Sebelum ini Xavi turut menyatakan bahawa kegagalan dalam Piala Super Sepanyol tidak menentukan apa apa. Kerana mereka masih berada di landasan yang tepat. Dan dia masih orang yang tepat untuk memacu projek bola sepak di Barcelona.
Ketika itu Xavi sudah menyatakan janji yang sama bahawa dia akn pergi jika Barca pada akhir musim ini menamatkan musim di kedudukan yang tidak sepatutnya.
Namun tekanan yang semakin tinggi membuatkan Xavi terpaksa mengumumkan bahawa dia terpaksa melepaskan jawatannya. Xavi pernah membantu Barca kembali menjuarai La Liga sebelum ini.
Malangnya musim ini Xavi terus bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik di atas padang. Dengan kekangan kewangan yang dihadapi kelab, Xavi terpaksa bekerja dalam atmosfera yang sukar.
Xavi menjelaskan bahawa salah satu alasan dia terpaksa melepaskan jawatan kerana wartawan dan segelintir penyokong yang berterusa memberikannya tekanan. Dan tidak memberikan peluang kepadanya.
menurut Xavi di Barcelona, tekanannya sangat tinggi.
“Kamu tanya saya banyak kali sebelum ini kalau saya boleh menjadi Sir Alex Fergsuson di Barcelona. Hakikatnya, itu tak akan pernah berlaku di sini, sebab kamu semua tidak membenarkannya. Menjadi pengurus Barcelona menjadi sangat sukar.
“Kamu tengok bagaimana mereka membunuh kamu, mereka mengkritik kamu, dan perkara ini yang memberikan kesan kepada kamu.”
🚨 Xavi: “You asked me many times that if I'd be the Sir Alex Ferguson of Barça… the truth is that it will NEVER happen here”.
“You guys won't allow it — being Barça coach is so difficult”.
“You see how they kill you, they criticize you, it affects you”. pic.twitter.com/tDvo5qmB73
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2024
Walaupun sebelum ini menuai kritikan, namun ramai juga yang simpati dengan Xavi. Kerana menurut mereka Xavi sudah melakukan yang terbaik bekerja dalam dana perpindahan dan budget gaji pemain yang sangat sukar.
Kekangan FFP membuatkan polisi perpindahan mereka berpaksi kepada penandatanganan percuma, terutama sekali pemain pemain yang sudah berusia seperti Robert Lewandowski.
Kemudian mereka tidak boleh membeli pemain yang Xavi mahukan kerana akaun FFP mereka kritikal. Pada jendela perpindahan kali ini mereka langsung tidak boleh mendapatkan pemain walaupun secara percuma. Ini kerana mereka perlu meraih pendapatan dahulu.
Barcelona kini sedang mencari bakal pengganti Xavi yang akan menggalas tugasan untuk musim hadapan.