Xbox Series X Sah Dijual Tahun Hadapan

Microsoft akhirnya melancarkan siri terbaru Xbox iaitu Xbox Series X. Namun kali ini rekaannya lebih mirip kepada sebuah PC.

Ianya akan dijual pada tahun hadapan 2020 pada musim cuti. Biasanya musim cuti ni merujuk kepada Disember pada Natal.

Jadi, ianya akan sama dengan masa pelancaran PS5 yang juga pada musim cuti 2020.

Bos Xbox iaitu Phil Spener menyatakan: “Rekaan terbaru Series X membolehkan Microsoft menempatkan kuasa pemprosesan sehingga 4 kali ganda daripada Xbox One X.”

“Ianya juga siri yang paling senyap dan efisien untuk dimiliki oleh para gamers.”

Jadi, Spencer memberikan jaminan, ianya tidak akan lebih bising daripada Xbox One X kerana adanya satu kipas yang menolak angin pengudaraan menerusi bahagian atas.

Microsoft juga mengesahkan bahawa Xbox Series X boleh memainkan visual 4K pada 60fps sehingga 120fps.

Xbox Series X juga menawarkan hardware-accelerated ray tracing serta variable refresh rate, dengan kapasiti 8K.

Ianya boleh membaca perisian asli daripada Xbox yang pertama serta anda boleh menggunakan controller Xbox One.

Controller untuk Xbox Series X ini hampir sama dengan yang sebelum ini cuma saiznya yang lebih kecil dan butan perkongsiannya yang mirip kepada DualShock 4.

Namun begitu bukan semua orang suka dengan rekaan Xbox Series X ini. Ini kerana mereka menganggap rekaannya adalah sangat terlalu seperti PC.

Berikut adalah spesifikasi untuk Xbox Series X:

  • CPU: 8-core targeting around 3.5 GHz.
  • GPU: Xbox Series X GPU and custom processor.
  • Compute Power: 12 TFLOPS.
  • RAM: 13 GB for games, 3 GB for operating system (16 GB total).
  • Storage: Custom non-volatile memory express solid-state storage (NVMe SSD).
  • CPU: 2.3 GHz AMD-customized Jaguar Evolved (8-core).
  • GPU: 1172 MHz AMD-customized UC RX 580.
  • Compute power: 6 TFLOPS.
  • RAM: 12 GB GDDR5.
  • Storage: 1TB HDD.

Jadi korang macam mana? Xbox Series X ke nak PS5 untuk tahun hadapan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan