Arsenal sebenarnya masih dikira menikmati musim luar biasa. Walaupun akhirnya gagal mengendalikan tekanan untuk mengejar kejuaraan pada selekoh akhir.
Nama penting yang akan diingati pastinya Granit Xhaka. Daripada ‘unwanted’ kepada pemain yang dianggap kapten tidak ber’amband’ oleh peminat Arsenal.
Xhaka kekal setia dengan Arsenal walaupun ketika itu dia hampir meninggalkan Arsenal kerana tekanan daripada peminat yang membencinya.
Arteta memujuknya untuk kekal. Dan ternyata Xhaka antara pemain pertama yang ‘Trust The Process’ oleh Arteta.
Dia membatalkan rundingannya dengan kelab di Jerman, Bayer Leverkusen dan kekal di Arsenal.
Menjadi mentor kepada pemain baharu dan pada membantu Arsenal memperbaiki kedudukan liga dari tahun demi tahun. Sehinggalah pada musim ini Xhaka menjadi nadi penting Arsenal dalam kempen mereka mencabar Man City untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan skuad muda.
Xhaka sentiasa muncul sebagai watak abang dan pemimpin di atas padang. Menjadikan dia nama yang semakin lama semakin memenangi hati hatersnya dulu.
Namun karier Xhaka di Arsenal akan berakhir pada akhir musim ini.
Kerana dia mahukan cabaran baharu. Dia sudah memberitahu Arteta dia tak akan melanjutkan kontrak.
Xhaka memberitahu lebih awal untuk memudahkan Arteta merancang perancangan musim baharu.
Xhaka kini dikaitkan dengan perpindahan €15 juta ke Bayer Leverkusen.
Difahamkan rundingan kini tinggal ke proses akhir.
Leverkusen menawarkan kontrak yang hampir sama dengan tawaran mereka 4 tahun lalu.
Granit Xhaka, set to leave Arsenal at the end of the season. No negotiations over new deal and plan to part ways in June. 🚨⚪️🔴 #AFC
Bayer Leverkusen are in advanced talks to sign him — €15m fee.
Understand personal terms are almost agreed over four year deal — June 2027. pic.twitter.com/0MlyJwNwhm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 16, 2023
Ternyata ramai peminat Arsenal bersedih dengan berita ini dan mengucapkan selamat maju jaya buat Xhaka.