Xherdan Shaqiri Ajar Penjaga Gol Yang Toksik

Xherdan Shaqiri memberikan respon yang sempurna ke atas penjaga gol yang menganjingnya.

Penjaga gol Minnesota Unoted, Dayne St Clair telah membuat perangai toksik dengan memanggil Shaqiri sebagai tak ada telor.

Shaqiri merupakan Designated Player untuk Chicaho Fire. Menjadi pemain paling mahal dalam sejarah kelab itu.

Fire ketinggalan 1-0 ketika Shaqiri mengambil sepakan penalti itu. Gol oleh Minnesota dijaringkan oleh Bongokuhle Hlongwane.

Pada minit ke-65, Chicago Fire berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Shaqiri mengambil tugasan tersebut.

St Clair cuba bermain perang saraf dengan bekas pemain Liverpool, Inter Milan dan Bayern Munich itu.

Penjaga gol 26 tahun itu kelihatan menyebut: “You have no balls.” ataupun kau takde telor. Tindakan penjaga gol itu tak ubah dengan apa yang kerap dilakukan Emi Martinez.

Emi Martinez dianggap pakar perang saraf di atas padang. Seringkali memasuki minda pemain lawan dengan kelakuan dan provokasinya.

Itu yang cuba dilakukan St Clair. Dia cuba untuk mempengaruhi fikiran Shaqiri. Pada awalnya kelihatan helahnya akan berjaya kerana Shaqiri memberikan respon kepada perangai toksiknya itu.

Namun Shaqiri cepat fokus kembali dan mengambil sepakan penalti sangat tenang. Shaqiri sempat menjeling sinis dan memberikan reaksi agar penjaga gol itu menjaga mulutnya.

Hlongwane kemudian sekali lagi meletakkan Minniesota di hadapan sebelum Arnaud Souquet menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Kemudian, Chicago Fire melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol kemenangan oleh Kei Kamara pada minit ke-83.