Xiaomi Patenkan Kamera Di Sebalik Skrin

Minggu lalu, Samsung dilaporkan sedang berusahan untuk menghasilkan secara besar-besaran kamera, terutama sekali untuk yang dibina pada skrin.

Samsung bukan satu-satunya syarikat yang sedang berusaha membina kamera pada skrin terus, mereka gelar in-display camera.

Xiaomi sudah mengumumkan usaha mereka menerusi Twitter sebulan yang lalu, dan diikuti oleh Oppo, tidak lama selepas daripada pengumuman Xiaomi. Oppo biasalah kan. Kalau boleh nak buat telefon seminggu sekali.

Laporan terbaru oleh TigerMobiles menyatakan, Xiaomi sudah mempatenkan kamera pada skrin ini.

Dan paten oleh Xiaomi itu sudah mendapat kelulusan daripada CNIPA (China National Intellectual Property Administration) pada 30 September yang lalu.

Korang yang tak faham, bebuat faham je la.

Dan dalam rajah tersebut ia memaparkan Xiaomi mendaftarkan rekaan dengan 2 kamera di bawah skrin telefon.

Sekarang ni berebut-rebut pembuat telefon buat notch yang kecil, hole punches ataupun kamera terangkat (pop up) daripada telefon pintar.

Ini kerana mereka mahu memaksimumkan saiz skrin atas ‘body’ telefon korang tu. Ala benda yang korang sebut screen-to-body ratio.

Oleh sebab itu, Xiaomi melangkah lebih maju dengan tiada langsung benda-benda macam tu tadi. Ianya selepas ini akan terus ada kamera di sebalik skrin tu.

Kamera akan dipasang di sebalik skrin

Namun beberapa pakar menyatakan cabaran Xiaomi dan mana-mana pembuat telefon yang mahu membuat rekaan seperti ini – mereka akan sukar untuk memastikan kualiti kamera yang menghasilkan gambar selfie yang cantik.

Apapun, teknologi ini masih pra matang ataupun di peringkat kajian. Banyak lagi benda nak dilakukan. Namun GSM Arena menjangkakan Xiaomi dan beberapa pembuat telefon pintar akan bereksperimentasi dengan model telefon mid range dahulu.

Selepas uji dan mencari beberapa kelemahan, ianya akan diperbaiki dan barulah dipasang pada telefon spec bangsawan
ataupun flagship.

Sumber: GSM Arena