Ya, Manchester United Amat Perlukan Bruno Fernandes

Bruno Fernandes mempunyai 21 jaringan dan bantuan, sementara itu Lingard hanya 1 jaringan dan bantuan.

Manchester United difahamkan sedang menghidupkan kembali peluang mendapatkan pemain dari Sporting Lisbon, Bruno Fernandes.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer dijangka tidak dapat menggunakan khidmat Paul Pogba dan Scott McTominay sehingga Mac ini akibat kecederaan yang dialami oleh 2 pemain ini.

Tiada jaminan 2 pemain tersebut mampu pulih dari tarikh yang diberikan. Manchester United perlu memasuki pasaran perpindahan bagi menampung kekurangan pemain di bahagian tengah.

The Red Devils sehingga kini telah menempuh 32 perlawanan sepanjang musim, mereka perlu mengharungi 20 baki perlawanan lagi dalam semua pertandingan.

Jika Manchester United mara lebih jauh dalam pertandingan UEFA Europa League dan Piala FA, jumlah perlawanan itu akan meningkat.

Manchester United telah mendaftar 23 pemain untuk skuad 25 pada awal musim, dimana kelab hanya mempunyai 6 pemain tengah termasuk pemain tengah menyerang.

  1. Scott McTominay, 23
  2. Fred, 26
  3. Paul Pogba, 26
  4. Jesse Lingard, 27
  5. Nemanja Matic, 31
  6. Juan Mata, 31

Fred dan McTominay paling kerap bermain bagi memacu cabaran pasukan ketika Paul Pogba terlepas 20 dari 32 perlawanan akibat masalah kecederaan. Kali terakhir Pogba bermula sebagai pemain kesebelasan utama ialah pada September lepas.

Sudah 3 bulan.

Kreativiti, hantaran kunci dan jaringan Bruno diperlukan oleh Manchester United

Bagaimana kehadiran Bruno Martines dilihat boleh membantu?

Saiz skuad terutama dibahagian tengah

Pogba dan McTominay pemain tengah yang boleh bermain bertahan, sedangkan Bruno lebih cenderung kepada pemain tengah menyerang. Kehadirannya lebih kepada posisi yang digalas oleh Jesse Lingard sekarang.

Betul, tetapi apabila Manchester United mempunyai Bruno, kelab boleh memberi peranan kepada Andreas Parreira lebih kebawah.

Sejak 2 perlawanan lepas dalam perlawanan Piala FA dan Piala Liga, Parreira berfungsi lebih kebawah berbanding sebelum ini.

Fred, Nemanja Matic dan Parreira akan menjadi pilihan sebagai 2 pivot dalam sistem 4-2-3-1 Ole Gunnar Solskjaer sementara itu Bruno akan menjadi pilihan dengan Lingard bagi posisi tengah menyerang.

Skuad akan mempunyai saiz yang lebih baik bagi menghadapi krisis kekurangan pemain akibat kecederaan. Pada musim ini hanya Fred dan Pareira tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rekod kecederaan pemain tengah Manchster United

Jumlah perlawanan yang terlepas akibat kecederaan.

  1. Paul Pogba (21 perlawanan)
  2. Nemanja Matic (12 perlawanan)
  3. Scott McTominay (5 Perlawanan)
  4. Jesse Lingard (3 perlawanan)
  5. Andres Parreira (0 perlawananan)
  6. Fred (0 perlawanan)

Pemain kreatif yang diperlukan Solskjaer

Sehingga kini Bruno Fernandes telah mencatat 11 gol dan 10 bantuan bersama Sporting Lisbon. Dilakukan dalam 14 penampilan Liga NOS (Portugal) dan pertandingan UEFA Europa League.

Merekod purata 4 percubaan tepat bagi setiap perlawanan, 77% hantaran tepat dan purata lebih kurang 3 hantaran kunci. Sesuatu yang diperlukan oleh Manchester United pada masa ini.

Agak sukar bagi pemain yang berada di belakang penyerang menghasilkan 1 gol dan bantuan untuk terus memacu pasukan mendaki kedudukan liga dan mengintai peluang di Liga Europa

Lingard hanya menghasilkan 1 jaringan tanpa sebarang bantuan gol, purata hanya 1 percubaan tepat bagi setiap perlawanan dan purata 1.1 hantaran kunci.

Ya… Lingard perlukan bantuan dan tidak berada pada prestasi yang diperlukan untuk meletakan pasukan menjadi kelab ke-6 terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Bruno amat diperlukan oleh pasukan yang menghasilkan 0 percuabaan tepat pada perlawanan pusingan ke-3 Piala FA pada 4 Januari lepas.

Dimana proses rundingan itu sekarang

Pada awal musim lepas, Manchester United tidak berminat dengan harga yang diletakan oleh Sporting Lisbon, sekitar £70 juta. Tetapi pada kali ini kelab dari Portugal itu dikatakan bersedia dengan harga £55 juta.

Pada jumat lepas, ejen pemain, Ed Woodward dan Presiden Sporting, Federico Varandas telah bertemu di London bagi membincangkan potensi perpindahan itu.

Sebelum ini Woordward kerap membeli pemain dengan harga diatas dari pasaran.

Adakah anda rasa Bruno Fernandez amat diperlukan Manchester United?

Baca yang lain