Yakin Indonesia Juara, Shin Tae Yong Berkata: ‘Saya Ada Lebih 20 Piala’

Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong mengingatkan media bahawa dia ada lebih 20 piala dalam kariernya sebagai jurulatih.

Itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia adalah orang yang tepat dalam memberikan motivasi kepada Timnas Indonesia menjelang aksi final Piala AFF Suzuki berdepan dengan Thailand dan sekaligus menjuarainya.

Ini adalah kali keenam Indonesia mara ke final. Dan ianya juga merupakan final keempat menentang Thailand. Dalam 3 final terdahulu berdepan dengan Gajah Putih, Indonesia terciduk kesemua aksi final tersebut.

Selain daripada badi final, Indonesia juga memikirkan badi final menentang Thailand dalam sejarah bola sepak mereka.

Pasti agak janggal memikirkan negara seperti Indonesia yang dianggap kuasa besar di Asean untuk acara bola sepak, tetapi tak pernah sekalipun mengecap nikmat kejuaraan.

Antara final yang pedih untuk mereka ketika terkulai di tangan King Gopal pada satu ketika dahulu di hadapan peminat mereka sendiri di Stadium Gelora Bung Karno.

Semua itu terangkum dalam liku liku sejarah bola sepak Garuda yang sudah banyak menempuhi pahit getir hidup dan pengorbanan. Segalanya dihadapi demi kejayaan.

Bola Sepak Indonesia juga pernah digantung oleh FIFA kerana isu masalah liga mereka.

Malah dalam kejohanan kali ini, Indonesia dilarang bertanding menggunakan bendera Indonesia dan menggunakan bendera PSSI. Ini kerana negara mereka berdepan dengan hukuman salah laku oleh WADA.

Indonesia mahu menamatkan kemarau gelaran selama 25 tahun dan kini di bawah kendalian Shin Tae-yong, bekas pemain kebangsaan pasukan kebangsaan Korea Selatan, tokoh tersebut dianggap sangat berkaliber untuk membantu Garuda.

Shin Tae Yong dikenali dengan ketegasannya serta taktikalnya yang fleksibel. Beliau berjaya mengikat Vietnam dengan taktikal yang defensif. Pada masa yang sama menyediakan taktikal yang ofensif dengan penghasilan gol sangat banyak dalam perlawanan lain.

Shin Tae Yong berkata: “Sudah tentu saya mahu menjadi juara tetapi menjulang trofi tidak berlaku hanya kerana anda menginginkannya, menjadi juara hanya akan datang kepada anda apabila anda melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.”

“Sebagai jurulatih saya sudah memenangi lebih 20 kejuaraan dan daripada pengalaman itu saya mahu menanamkan mentaliti yang kuat dalam diri pemain dan cuba menjadi juara. Mentaliti itu adalah sesuatu yang saya terus beritahu pemain.”

Pada perlawanan akhir pertama Piala AFF, skuad Garuda tidak akan dapat menurunkan tonggak pertahanan kiri, Pratama Arhan, kerana penggantungan.

Bagi Thailand sendiri, sudah pasti mereka tidak dapat beraksi dengan bek kiri, Theerathon Bunmathan akibat digantung manakala penjaga gol Chatchai Budprom mengalami kecederaan pada penghujung babak di separuh akhir lalu.

Jurulatih Pasukan Gajah Putih Alexandre Polking berkata beliau tetap yakin kerana skuadnya mempunyai kualiti yang mencukupi untuk menampung ketidakhadiran pemain pemain tersebut.

“Malangnya Chatchai telah mengalami ACL dan itu berita sedih untuk kami. Theerathon adalah salah seorang pemain kami yang paling berpengalaman dan dia telah mengharungi kejohanan yang hebat pada kali ini, tetapi kami mempunyai pemain lain yang berkualiti yang telah menunggu peluang mereka untuk menonjolkan diri mereka.”

“Kami sedang bersedia untuk pertembungan selama 180 minit dan kami perlu bersedia untuk semua situasi yang berbeza. Sudah tentu kami tahu tentang rekod Indonesia tetapi kami juga mahu memenangi satu lagi kejuaraan untuk Thailand dan itulah yang kami sedang persiapkan.”

Indonesia kali ini sudah tidak mahu lagi menjadi bahan jenaka peminat pasukan lawan. Kerana sebelum ini Indonesia bergelar hampir juara sebanyak 5 kali. Terbanyak dari kalangan negara yang bertanding dalam kejohanan ini.

BACA JUGA: [VIDEO] Lihat Taklimat Taktikal Indonesia Ketika Membuli Malaysia Dengan Intensiti Dan Kepantasan

Satu video berkenaan dengan taklimat taktikal pasukan Indonesia telah tular. Dan menariknya dalam video berapa minit itu para pemain Indonesia disuap dengan pelbagai informasi penting tentang taktikal pasukan lawan.

Tan Cheng Hoe akui Malaysia lemah lawan taktikal intensif Indonesia

Sebelum itu Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa mereka bergelut dengan taktikal intensif pasukan Vietnam.

Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama pasukannya mengalami kekalahan 1-4 kepada musuh tradisi mereka dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi.

Cheng Hoe menegaskan anak buahnya gagal untuk bangkit dalam perlawanan wajib menang untuk layak ke separuh akhir walaupun beraksi dengan baik dalam 15 minit pertama, yang menyaksikan mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi serangan R. Kogileswaran pada minit ke-12.

Selain itu, Cheng Hoe turut memaklumkan pasukannya benar-benar terkesan dengan ketiadaan dua pemain pertahanan tengah, Kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Shahrul Mohd Saad yang disisihkan akibat kecederaan, menyebabkan pasukan itu dibolosi gol mudah dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Singapura.

“Kami tidak cukup kuat dalam situasi satu lawan satu dan kami gagal menahan pemain mereka yang sangat pantas terutama dalam transisi permainan. Secara keseluruhan, kami kecewa dengan keputusan itu dan kami perlu lupakannya untuk maju ke depan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas mengenai strategi ‘menolak’ pemain pertahanan, Dion Cools bermain di bahagian atas pada separuh masa kedua, Cheng Hoe berkata beliau mengambil risiko berkenaan demi melihat pemain kelab berpangkalan di Denmark, FC Midtjylland itu untuk membantu pasukannya menyamakan kedudukan selepas mereka ketinggalan satu gol pada separuh masa kedua.

Malangnya, Cheng Hoe berkata strategi itu ternyata memakan diri apabila gawang pasukannya ‘bocor’ sebanyak dua kali, sekali gus menyebabkan skuad negara gagal mencapai sasaran untuk mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, selepas edisi terakhir pada 2018.

Malaysia menduduki tempat ketiga kumpulan dengan enam mata daripada empat perlawanan.

Keputusan malam tadi juga menyaksikan Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan dwitahunan itu buat kali kedua sejak 2016 dalam enam penganjuran terakhir.

Ia adalah kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertembungan terakhir mereka di pentas Piala AFF.

Kemenangan ke atas Malaysia itu membolehkan Indonesia yang dibimbing oleh Shin Tae-yong mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, sama seperti Vietnam yang berada di tangga kedua dengan jurang perbezaan gol.

Bekas jurulatih Kedah itu juga ternyata kecewa melihat Harimau Malaya tidak dapat membuat persiapan yang baik menjelang kejohanan itu berbanding Vietnam dan Indonesia selain berharap dapat memiliki perancangan serta strategi lebih baik untuk beraksi dalam mana-mana pertandingan pada masa akan datang.

Sementara itu, Tae-yong ternyata gembira dengan persembahan anak buahnya yang tidak panik selepas Malaysia menyumbat gol pertama perlawanan, malah terus yakin pada diri mereka sendiri yang akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan empat gol untuk meraih tiga mata, malam tadi.

Dalam pada itu, penjaring gol ketiga Indonesia yang juga pemain terbaik perlawanan, Pratama Arhan bersyukur dapat membantu pasukannya meraih kemenangan dan berikrar untuk bekerja lebih keras pada separuh akhir menentang tuan rumah, Singapura dalam usaha mara ke pentas final.

Team talk Indonesia yang power

Kemudian satu video tentang bagaimana perancangan Indonesia membuli Malaysia di atas padang tersebar.

Pertamanya, mereka mendapat tahu Tan Cheng ho akan menggunakan Dion Cools secara terus. Mana tidaknya apabila sepanjang minggu Ah Hoe meratib nama Dion Cools seolah olah pemain itu Paulo Maldini.

Indonesia gunakan kesempatan atas pemain yang baru tiba dan mereka yakin Cools akan bergelut dengan stamina selepas 30 minit permainan.

Shin Tae Yong berkata:

“Nombor 2 [Dion Cools] baru sahaja tiba, dia akan mudah letih. Main 30 pasti stamina dia akan habis.”

Seterusnya Shin Tae Yong memberikan maklumat tentang pemain mana yang mereka boleh atasi secara satu lawan satu dengan gelecekan dan pecutan.

Dia pemain tersebut ialah Junior Eldstal dan Baddrol Bakhtiar yang sangat lambat. Oleh sebab itu dalam perlawanan tersebut Ricky Kambuaya membantu rakannya untuk menekan zon 14 dan Junior Eldstal.

“Nombor 5 [Junior Eldstal] dan 8 [Baddrol Bakhtiar], mereka berdua tidak ada kepantasan. Dribble sekali, ajak mereka bersaing secara sprint, pasti akan berjaya melepasi mereka.”

Bukan itu sahaja, berbeza dengan taktikal ketika berhadapan dengan pasukan Vietnam yang kompak, kali ini mereka widen the pitch ataupun melebarkan jarak.

Mereka mensasarkan bahagian kiri dan menyatakan bahawa bahagian itu sangat mudah untuk mereka bermain cut inside kerana Rizal Ghazali sangat lemah dengan kaki kirinya ketika bertahan.

“Kita perlu bermain agak melebar [wide], sasarkan  ke bahagian kiri kerana mereka lemah di bahagian kiri dan tak boleh menggunakan kaki kiri.”

“Main secara agresif dan sasarkan ruang kosong di belakang mereka.”

Saksikan di sini:

@utdfocusid

Suasana ruang ganti Coach Shin 🔥🇮🇩 #indonesia

♬ original sound – United Focus – United Focus