Yakin Wajahnya Mirip McGregor, Pengedar Dadah Ini Cuba Mengaburi Pihak Berkuasa

Seorang pengedar dadah terperasan wajahnya sangat mirip dengan Conor McGregor. Cuba memperdaya mangsanya dan pihak polis dengan wajahnya itu. Dia malah memiliki kad perniagaan ‘McGregor Enterprise’ bersamanya.

Di belakang itu ditulis: “Pengedar terbaik di Surrey.”

Dia akan berurusan dengan mat gian dengan menyatakan dia Conor McGregor. Tak taulah, mereka ni benar benar high ke sampai tak kenal ataupun layankan je perangai dia, yang penting dapat barang, ye tak?

Lelaki bernama Mark Nye ditahan oleh polis di UK. Menurut polis, ketika di tahan pun dia memberitahu namanya ialah Conor dalam usahanya mengaburi mata pihak berkuasa. Dan dia mengeluarkan kad perniagannya untuk meyakinkan polis.

Mungkin dia merasakan dengan status selebriti dia boleh lepas macam tu je.

Entah dari mana dia mendapat kebodohan seperti itu, tanpa dia sedar wajahnya jauh sekali daripada gred copy ori. Memang harus diakui, ada pelanduk dua serupa di dunia ini, tetapi Mark Nye ini Mungkin Conor McGregor gred C?

Menurut laporan, Mark Nye sanggup berhabis duit untuk membela jambangnya agar mirip kepada McGregor. Dia membeli pakaian yang mahal untuk meniru lagak dan fesyen petarung legenda Ireland itu.

Korang lihatlah sendiri di sini wajah Mark Nye yang dia rasakan mirip McGregor

Dia ditahan pada Februari lalu ketika cuba menyeludup dadah kelas A. Dia ditahan bersama dengan dadahnya dan 2 telefon pintar bersamanya – yang digunakan untuk melakukan kerja tak bermoral itu.

Ketika polis menganalisis telefon Nye, mereka mendapati Nye ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah. Dan polis menemui sejumlah besar asid borik, dan pisau pemotong daging di sebelah katilnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Crown Court di atas pertuduhan cuba mengedar dadah kelas A, memandu tanpa lesen dan tiada cukai jalan pada keretanya.

Dia diarahkan dipenjara 2 tahun 9 bulan bermula April ini.

Baca yang lain