Yamaha Akhirnya Akui YZR-M1 Tak Boleh Harap Punca Quartararo Berpotensi Gagal Jadi Juara Dunia 2022

Yamaha akhirnya mengakui bahawa, masalah kegagalan Quartararo menjadi juara dunia, bukan kerana skil tunggangan pelumba itu, namun salah motosikal YZR-M1.

Yamaha kesal dengan kegagalan Fabio Quartararo untuk bersaing pada separuh kedua Kejuaraan MotoGP 2022 kerana motosikal yang kurang kompetitif.

Yamaha telah mengakui bahawa Fabio Quartararo tidak konsisten pada separuh masa kedua kerana masalah dengan motosikal YZR-M1.

Sejak awal musim lagi, Quartararo mengkritik motosikal Yamaha YZR-M1 yang menurutnya tidak cukup berkuasa ketika di laluan lurus berbanding motosikal seperti Suzuki dan yang lain lain.

Quartararo turut pernah mengalami masalah teknikal dalam beberapa perlumbaan.

Akibat masalah yang melanda berpunca daripada motosikalnya, ia telah menjadi peluang buat Ducati menerusi Francesco Bagnaia yang akhirnya memenangi kedudukan teratas daripada Quartararo.

Quartararo tewas di kedudukan teratas dan kini berada di tempat kedua dengan satu perlumbaan berbaki lagi musim ini.

Menjelang perlumbaan terakhir, Quartararo kini 23 mata di belakang Bagnaia, yang berkemungkinan memenangi kejuaraan dunia pertamanya di MotoGP Valencia 2022.

Sementara itu, peluang El Diablo untuk memenangi semula kedudukan teratas dari Bagnaia adalah sangat kecil.

Kerana dia terpaksa menang dengan syarat Bagnaia harus menamatkan saingan di tangga ke-15 atau di luar zon mata.

Selain itu, skuad Ducati dengan lapan pelumba di grid berkemungkinan menjadi penghalang buat pelumba Perancis itu.

Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis, kemudian menyifatkan kemungkinan enjin M1 musim ini adalah kesilapan pasukan semasa.

Tambah beliau lagi, jika tidak kerana kehebatan Quartararo, kedudukan mereka pasti lebih teruk.

Masalah teknikal seperti ini membuatkan Quartararo tidak boleh bergantung kepada kelajuan YZR-M1.

“Kami mempunyai masalah kebolehpercayaan dengan enjin yang sepatutnya kami perkenalkan pada 2022 dan yang sedang kami bangunkan pada 2021,” kata Jarvis.

“Itulah sebabnya kita tidak boleh melakukan homolog. Tidak ada gunanya menggunakan motosikal yang lebih berkuasa jika ia tidak boleh dipercayai,” jelas Jarvis.

Bagaimanapun, Jarvis memuji usaha Quartararo begitu bersungguh-sungguh untuk meminimumkan pungutan mata menggunakan motosikal yang banyak kelemahan itu.

“Fabio berjuang lebih keras dengan kami berbanding sebelum ini, dan untuk itu kami berterima kasih kepadanya,” kata Jarvis.

“Pelumba Perancis itu menyedari situasi pada permulaan musim di Qatar, walaupun motosikal itu bukanlah yang terbaik dia boleh mendapat beberapa podium dan cuba mempertahankan kejuaraan sehingga Bagnaia muncul entah dari mana.”