Pelumba sensasi Valentino Rossi dikatakan hampir pasti akan menyertai pasukan satelit Yamaha SRT.
Namun perkara itu masih dalam perbincangan akhir. Rossi ternyata masih laku dan bukan hanya SRT sahaja yang mahukan khidmatnya.
Rossi sebelum ini hanya memberikan bayangan bahawa beliau sudah pasti akan kekal dengan Yamaha musim hadapan.
Ia sekaligus memberikan isyarat bahawa Rossi memang akan ke SRT pada musim hadapan.
Terbaru pihak Yamaha SRT dikatakan mahu Rossi mengikut peraturan mereka jika bergabung kelak.
Namun Yamaha SRT memberikan kelonggaran untuk membenarkan Rossi untuk membawa beberapa stafnya.
https://youtu.be/YKMpc-DVLVA
Tetapi mereka tidak mahu Rossi masuk campur dalam isu pentadbiran dan beberapa urusan lain.
Petronas SRT berjanji akan menyokong Rossi 100 persen pada musim depan, dengan tetap mempertahankan kredibiliti meeeka.
Oleh itu, Rossi yang harus menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu baharu dan menghormati staf, pegawai dan rakan baharunya.
Razali dilaporkan meminta Rossi untuk mengikuti peraturan yang ada di Petronas SRT.
Rossi dikenali dengan kelantangannya mengkritik pasukan sendiri kan suka mengambil keputusan yang dirasakan betul.
Misalnya baru-baru ini Valentino Rossi dengan terbuka mengkritik pembekal tayar Monster Energy Yamaha iaitu Michelin.
Lebih mengeruhkan keadaan Rossi memuji Bridgestone secara terbuka.
Rossi kemudian menggunakan tayar depan yang lembut untuk berlumba di litar panas di Jerez kerana tak puas hati dengan Michelin yang menurutnya tidak pro aktif membantunya menyelesaikan masalah.
“Valentino (Rossi) bukan pelumba asing, dia adalah nama besar dan legenda hidup.”
“Dia tahu banyak perkara, Tetapi pada masa yang sama bagi kami, saya minta maaf, tidak ada yangeg lebih besar daripada pasukan, dan itu penting,” ujar Razali, seperti yang dilaporkan Crash.
“Apa yang kami miliki tahun lalu sangat bagus dalam perkara berkaitan struktur. Kami berada di tahun kedua kami dan kami tidak ingin mengubah 360 darjah hanya untuk satu orang,” tambah beliau lagi.
Valentino Rossi memulakan musim ini dengan gagal menamatkan perlumbaan pada GP Jerez minggu lalu.
Beliau menggesa pasukannya memperbaiki aspek tayar motosikalnya. Kerana menurutnya ia menjadi sebab kenapa beliau tak menang tempoh hari.