Hari ini ramai wartawan yang berkampung dan berkhemah di luar Istana Negara.
Mereka menunggu berita terbaru tentang kemelut politik Malaysia yang sedang berlaku ketika ini.
Wartawan wartawan berpanas demi mendapatkan kemaskini dan berita terbaru, dan tidak berganjak sejak pagi lagi.
Namun, keperihan mereka mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda telah membeli KFC dan mengagihkannya kepada wartawan wartawan yang berada di luar pintu istana.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyumbangkan KFC kepada pengamal media di pintu utama Istana Negara, Kuala Lumpur — Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim pic.twitter.com/sYEO2xDW3m
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 24, 2020
Para pegawai istana membantu baginda untuk mengedarkan bungkusan KFC tersebut.
Istana Negara representatives bringing a much-welcomed KFC dinner for members of the media as they await news from Tun Dr Mahathir Mohamad’s audience with the Agong at the palace this evening. (📸: Firdaus Latif) #malaymail #malaysia #istananegara #agong #kualalumpur #kfc pic.twitter.com/hyoTSLCqlL
— Malay Mail (@malaymail) February 24, 2020
Para wartawan dan jurugambar sangat terharu dan gembira, akhirnya dapat juga mengisi perut dan membasahkan tekak mereka selepas berada di sana sejak 8 pagi.
Selain daripada wartawan, para netizen turut menzahirkan rasa gembira dan terharu dengan keperihatinan Agong.
Mereka turut bangga dengan tindakan YDP yang menjadi simbol kedaulatan Malaysia.
Tidak lama selepas itu pihak istana telah mengesahkan mereka menerima surat perletakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Namun Yang di-Pertuan Agong kemudian melantik semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu ataupun interim.